Friday, March 5, 2010

Chocolate Moist Cake


Betapa meleleh choc topping tuuuu

Semalam jie buat cake ni. Actuallynya jie dah cuba pelbagai resepi kek coklat lembab. Yang kukus atau bakar. Yang kena timbang2 dulu dan yang jie beli dari Giant, dalam kotak tu. Tetapi yang ni jugak anak jie suka. Dan jie juga suka sebab dia mudah dan tak menyepah dapur. Jie buat semalam lepas bucuk dan debab tido. Kalau dua beradik kecil tu bangun alamatnya bersepah dapur. Dan muka bucuk tu Yarabbi.... penuh coklat. Baju dia jangan sebut la.

Kenapa jie suka resepi ni. Kerana mudah, main campak jer. Jie beli mixture tepung dari Kedai Bagus. Kedai yang jual barangan kek. Baru bukak tahun lepas kat Kota Damansara. Bukak jer kedai ni, jie orang paling happy dalam dunia. Tersenggih sorang2. Cheese dia murah. Coklat murah. Brg2 lain lagilah. Mr Hie rajin meneman jie kekedai Bagus.

So hari tu jie pi beli cheese, terpandang buku resepi dan calender Bagus. Bagus ada aturkan kelas memasak untuk sesapa berminat. Nak join tapi every weekend, jie ni jadi mum taxi driver :) Weekday Jie kat TM, err tapi kalau menyelinap pi ambik kelas ni agak2 boss marah tak? Hehehehehe balik bawak kek kasi bos jie. hehehehe tapi bos jie ada diabetis. Adus mesti tak laku kek tu. huhhuhu begong jap

Okay back to the story, jie bawak balik la buku tu. Belek2 jumpa resepi choc moist kek. Apalagi pi kedai Bagus dengan Bucuk dan kami membeli belah brgn kek.

Balik buat kek sempena Amir naik Quran. So they really enjoy it. Tapi tepung tu ada lagi separuh. Sebab yang ikut kuantiti resepi dah abis, so adik kuanter tu kata ambik jer la kak 1kg ni. Bole simpan.

So semalam jie buat projek kek tu lagi sekali......

Tapi.....

Buku tu dah hilang, mana tah. Bucuk dan debab main la tu. Suka tengok gambo kek kot. Sebab ari tu kek abis dilahap abang 3 beradik so debab dan bucuk tak puas hati. So diorg mintak dgn jie buat lagi. That why nak buat lagi tu.

Dah hilang buku, mood jie pun hilang. Ciat! mana lak buku tu..... 4 biji telor ke 5 biji. Adus.

Bantai jer la 4 biji gred B.... dan Hasilnya.....





Atas tabur choc rice (this choc rice is given by my neighbour.... tq jiran)


Ha ko jadi kek aku.... yummy lagi tau. :)

Nah Resepinya:

500g choc moist cake Bagus
4 biji telor gred B
Fresh milk 100ml
Butter half ketul

Cara

Mix telor and butter in mixer and kacau sampai all mix and kembang
Then add milk, pukul lagi.
Campak tepung tu dan kacau sampai mixture tu nampak smooth jer
Bakar pada suhu 190C dalam 40 min.

Hehehehe enjoy eating kek petang2 bersama suami dan anak2 kay. Dan para lelaki, belikan isteri anda mixture kek ni, dan bagi resepi ni kat isteri. Pasti isteri sayang....

Amir yang dah naik quran. Kek dibuat untuk memberi motivasi padanya :)

3 comments:

  1. Tumpang tanya. Kedai Bagus tu ka mana ek kat Kota Damansara? Boleh bg alamat tak? :)

    ReplyDelete
  2. U ade jual x kek nie? Sbb td sy baru dpt sms dr budak yg sy tempah choc moist nie, die x bole nak buat, and esok i ade event. I nak choc moist cake 1kg nak 2. Sgt urgent.

    ReplyDelete
  3. Alamak, Coti raya nyer pasal sampai tak perasan ada comment.

    To Tasya. Kedai Bagus kat kota damansara is nearby Ghulam Mee tu. That Baris kedepan. You wont miss it as the sign board is so big :)

    To Yang. Aisey really sorry. I baru baca ur comment. I ni tak la buat for jual. Just for family. Bila baca yang you really need it. Rasa nak buat jer for u. But mesti event tu dah abis kan. Really sorry. Maybe I shud make bakery as my second career and maybe will be first bila dah retire. hehehehe Thanks Yang but really sorry

    ReplyDelete

Link yang berkaitan

Link within