Monday, March 1, 2010

Continuity of Robbery case.....

Haaaa cerita dah nak basi, baru nak continue. hehehehe Sebab ada orang tanya dalam facebook. Apa jadi dekat Hanaz tu? Betul ke dia kena kidnap? :D

So, jie summarize kan jer ekkk.

Hanaz tak kena kidnap, Dia di ugut oleh penyamun topi keledar tu supaya jangan lari. But Hanaz tu memang fit orangnya ( mengikut cerita Mr Hie la sebab dia selalu kayuh basikal dengan Hanaz) So dia
LARIKKKKKK! Jadi sprinter then jerit TOLONG! TOLONG!

Penyamun kejor siot dengan motor kapcai. 2 biji motor, seramai 4 orang. Sorang berisi dan lagi tiga agak kurus. Tak cukup makan kot... Tapi motor penyamun tak lepas sebab Hanaz ikut jalan celah2 rumah orang. Then dia balik setelah dia sure penyamun tak de dan ramai orang dah jengah datang.

Dia ketuk pintu rumah sebaliknya bini dia tak nak bukak lak. hehehehe Fobia punya pasal. Kesian gak dengar cerita si Hanaz. Tapi kalau jie jadi ina... bini Hanaz tu, memang jie kunci pintu dan kalau Mr Hie balik, tak bukak pintu sehingga la terang kat luar. Hahahahaha tidor luar la Mr Hie. :P

Setetah insiden ini berlaku, ada hikmahnya. Betullah kata2 Allah, Setiap kepayahan ada nikmatnya. Sabarlah....

Sekarang Polis aware about our taman. Hari Jumaat lepas siap ada press conference pihak TV3 dengan OCPD PJ dekat taman permainan. Rumah jie dekat taman, dapatla masuk TV. :) tapi kami sekeluarga tak de kat umah masa tu :( Kat Kuantan..... kami tengok berita jer dari TV rumah mak.

Now Polis akan lebih kerap meronda kawasan taman dari pukul 8 pm sehingga 11 pm iaitu waktu security lak masuk keje.

Bila orang biasa2 jer kena samun, polis ni setakat melepas batuk di tangga. Bila kena Penulis kanan Media Prima..... siap ada press conference.... hermmmm pikir2 kan lah.

Namun setiap kejadian mesti ada sebabnya kan......

Berita terkini.... tut tut tut.....

Esok seorang menteri akan datang ke Taman kami. Akan ada lawatan 1Malaysia katanya. Dalam pukul 2 pm. Esok jie nak ambik half day la..... :) Mana tau TV datang ker. Boleh masuk TV ni....

Pengumuman dari Persatuan Penduduk Sonia Seksyen 8

Semua penduduk di jemput hadir esok 02/03 Tuesday ke padang / pondok untuk sessi bersama Menteri Dalam Negeri - Datuk Sri Hishammudin pada jam 2 pm atas lawatan beliau ke rumah Hj Ghozali.

AJK Persatuan diwajibkan Hadir
Terima Kasih


Errr Datuk H...., bole sponser buat itu pagar dan pondok securiti kaaaa? Kuang Kuang Kuang!!!!!!

No comments:

Post a Comment

Link yang berkaitan

Link within