Monday, March 1, 2010

Sehari tanpa gadget...... okay jer :)

Aiman, Amir, Arief dan Aqiel. Yg paling kecil Airiel tak de
Cuti panjang kita semua dan memulakan hari Isnin memang amat perit buat kita. Pagi-pagi kereta dah berlambak. Adus berchinta betul la kan. Sememangnya itulah yang sentiasa kita rasai setiap pagi Isnin. Dan juga disebabkan cuti yang panjang itu, Jie telah balik ke kampung di Kuantan menjenguk mak dan ayah. Betapa rindu nyer hati ..... dapat la sehari jer. Balik Khamis malam dan tolak balik Jumaat malam. Tanggung jawab pada keluarga menanti. Macam biasa, Amir dan Arief ada kelas untuk Discovery House. Sabtu merupakan hari untuk mereka belajar tentang kehidupan. Yup.... memang mahal bayar tapi for them .... :). Teringat masa kecik dulu. Kita belajar kehidupan dengan pengalaman. :)

Zaman dulu, ibu bapa tidak risau anak-anak mereka keluar. Keluarla kau bermain. Entah kemana berjajang. Kata mak jie....

Dibuli, lawan balik, mencari mainan baru dan sebagainya.

Tapi kini zaman sudah berubah. Anak-anak jie perlukan Wii. Perlukan komputer. Perlukan Internet. Sekali Bah Sekali pantai berubah.

Anak-anak zaman sekarang belajar bukan melalui pengalaman tetapi diajar. Diajar cara berkomunikasi dengan betul. Diajar cara bekerjasama. Ermmmmm pelikkan. Dulu itu semua kita dapat dari pengalaman. Kalau kita sombong, alamatnya kawan tak datang mengajak kita bermain. Ini tidak. Kalau kawan tak ajak main, takpe, komputer ada..... aik? kawan denan komputer?

Balik rumah mak jie tiada Internet, tiada Wii, tiada komputer. Yang ada congkak tu. Amir memberontak. Mahu Wii. Mengeluh kerana tidak dibenarkan pack Wii balik. Jie yang tak kasi. Nak bagi diorang bermain luar. Ayah jie ada buat taman sendiri di tepi umah. Ada gelongsor, ada buai. Dengan tangannya sendiri dia buat. Creative sungguh ayah. Itu pun dia buat masa dia kuat. Sebelum sakit jantung. Dan taman tu masih elok lagi.

Jie suruh diorang main diluar. Jie perati dari atas rumah sesudah solat asar. Ha okay pun. hehehehehe

Lepas penat, jie ajar main congkak. Budak-budak ni tak tahu main rupanya. Tepuk dahi rasanya. Jie ajar Aiman dan Amir bagaimana main congkak dengan betul. Begitu asyik diorang sampai jie ajak pegi makan kepok kat Tanjung Lumpur, diorang bole buat dek jer.... hahahahaha.

Indah sekali that moment. Teringat zaman jie kecik dulu, Main congkak dengan Kak As..... :) kami korek tanah buat lubang congkak. Dan bijinya kami pergi cari biji getah..... kumpul. Kuku hitam giler. Tapi kami gembira dan seronok.

If only kids nowday can have that experince.... :) sure they will be different.

No comments:

Post a Comment

Link yang berkaitan

Link within