Friday, August 20, 2010

Resepi menu Ramadhan : Puding Raja

Resepi kali ni jie nak share ialah resepi dari Kakak jie no 3. Cikgu Fadilah Musa. Dulu dia la yang akan buat puding ni tiap kali ada sapa yang kawin. Sebagai dessert for Raja sehari. That is why we all call it Puding Raja. =P


Selalu nyer jie letak ceri tengah2. Tapi lupa lak nak beli ceri kat kedai mamak :p

Bahannya:

agar2 (ni jie pakai half plastik yg selalu jual kedai mamak tu)
Air (1 cawan agar2 = 3 cawan air.... petua mak jie)
gula
esen vanila
mix fruit setin
Tepung jagung satu sudu besar (cairkan dengan sedikit air)
Tepung kastad satu cawan besar (cairkan dengan sedikit air)
peach setin
susu cair 2 tin (satu untuk puding, satu untuk kuah. ohh ya lupa ambik gambar kuah....)

Caranya:

Rebus agar2 dengan air dan gula (agak2 la. But if rasa suka manis korang letak la sekilo. Hehehehe)
Bila agar2 dah tidak kelihatan. Tuang buah2 dari mix fruit tadi beserta air dari tin tersebut and also susu cair
Letak esen vanila.
Campak campuran tepung jagung dan air
Kacau hingga nampak dah mengelegak
Tuang dalam loyang
Sejukkan
Bila dah nampak a bit keras
Susun peach
Air dari tin peach jangan buang tau

Sos kastad:
Makan dengan sos kastad, very the creammy.... emmmmm yummy

Tuang susu cair and air dari tin peach tadi
letak gula (agak2 ekk)
make sure kacau selalu. Jangan tinggal. If not hanggit bau dah tak sedap.
Bila dah mengelegak, tuang campuran tepung kastad dan air
Sos akan jadi warna yellow dan memekat

Selamat mencuba ekkk

The End

1 comment:

  1. kalo letak ceri lg sedap.. coz ct suke ceri.. hehe..

    ReplyDelete

Link yang berkaitan

Link within