Wednesday, July 21, 2010

Sambal Goreng Minang dan Sambal Kicap


Semalam jie coti. Bukan cuti yang dirancang tetapi URGENT. MAID DAH BERENTI.
Stress giler rasa. dah la posa nak dekat dah. Baru plan nak masak memacam dan ada juga niat nak berniaga depan umah.
Hampeh betul.
Itu la risiko ambik maid indon yang illegal
Dah-dah, lari tajuk....
Tajuk utama kita hari ini sambal goreng minang dan sambal kicap.
Semalam jie masak ringkas jer. Mr Hie sakit gigi so kena ada sup. So jie rebus tulang, buat sup.
Takkan nak makan sup tulang jer....
So kepala mula ceative memasak. Almaklum stress buat jie suka memasak.

apa lagi, Tempe goreng, tauhu goreng dan ikan tengiri goreng. hehehehe berapa banyak perkataaan goreng daaaaa
Sedap dimakan dengan dua jenis sambal ni.

so inilah caranya

Sambal Goreng Minang
Bahannya:
Lada (ikut suka berapa banyak)
bawang merah
secubit perencah menumis knor
sedikit gula
garam secukup rasa

Caranya:
1. Tumbuk lada dan bawang merah
2. Tumiskan bahan tadi dengan minyak sedikit
3. Taburkan secubit perencah knor
4. Letak la gula dan garam secukup rasa
5. Tumis sehingga nampak sedikit garing dan naik bau
6. Makanlah dengan ulaman, ikan keli goreng atau mungkin ayam penyet
7. Sambal ini bole disimpan kerana ianya sudah masak 


Mudahkan........ (Pn Verde, kan saya dah cakap. Memang mudah) 

Now for sambal kicap. Jie ada 2 version of sambal kicap. Yang mudah dan sedikit kesusahan (sedikit jer ya Pn Verde....)


Sambal kicap version 1
Bahanya:
Cili padi (quantiti ikut suka. But my mak cakap if ganjil jadi pedas. If genap jadi tak pedas sangat)
Bawang putih
Gula
Kicap manis
Limau kasturi

Caranya:
1. Tumbuk lada dengan seulas bawang putih hingga lumat
2. Bila dah lumat, masukkan gula dalam lesung batu tu dan tumbuk sekali dengan lada. (gula banyak sikit)
3. Then tuang kicap manis
4. Perahkan limau kasturi
5. Tuang dalam magkuk but if nak serve dengan lesung tu okay :-)

Sambal Kicap version 2
Bahannya sama cuma lada digoreng dengan minyak dulu bersama bawang putih sebelum ditumbuk
Version ni lebih tahan lama dan mesra perut :-)

Sedap dimakan dengan pisang goreng panas... pergh!!!! I tell u , heaven....


Selamat menjamu selera


The end


1 comment:

  1. Jie, Myza biasa buat sambal kicap version 2! Memang tahan lama, simpan dalam peti sejuk. Perut pun tak meragam kalau makan banyak-banyak pun!

    ReplyDelete

Link yang berkaitan

Link within