Monday, March 22, 2010

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah


pix googled

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada

beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi

Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a - Ini adalah salah satu

kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan ’Ya,Allah

jadikan hatiku bersih’

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum

tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping

dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan

mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci

hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan

jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah

‘Qulhu-allah’ sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf

perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali

mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.

katakan lah ’Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum

tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati ’Ya, Allah cuci otak aku,

cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,

positif’. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat

dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan

perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu

kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb) , jangan dengar

orang mengumpat.

’sampaikanlah pesanan ini walaupun 1′

No comments:

Post a Comment

Link yang berkaitan

Link within