pix googled
Kita semua nampak ketiga2 orang ini sama sahaja. Apa yang berbezanya. Bukan ker mereka bertiga seperti kembar siam seiras. Memang seiras tapi hati lain2…..
Kawan, kita semua ada kawan. Kawan sepejabat, kawan segim, kawan futsal, kawan bloggers dan macam2 jenis kawan lagi. Dan dalam kawan itu cuma segelintir sahaja yang sanggup jadi teman. Ya teman bermain, teman seperjuagan, teman ketawa, teman menanggis. Dan dalam teman itu, kalau ada, wujudlah sahabat. Itulah yang kita cari sahabat.
Kawan memang mudah dicari. Lagi tinggi pangkat kita lagi lah mudah kawan itu datang, seperti lalat menghurung sampah. Memang mudah. Kawan, mudah memuji kita, bukan main lagi bila berkata2… bukan sahaja didepan kita malah dibelakang kita juga. Sebenarnya, kawan yang lebih memuji itulah yang perlu kita berhati2…..hemmmm dunia-dunia. Kawan juga ada yang gembira bila melihat kita berjaya tapi ada yang bersorak melihat kejatuhan kita. Itulah kawan namanya
Teman…… orang yang boleh kita bercerita akan masalah kita. Memang kita boleh harap dia pada itu. Pendengar yang baik. Kita menanggis, dia turut menanggis. Kita gembira dia turut gembira. Semamngnya elok kalau punya teman ini. Tapi sejauh manakah teman itu akan bersama kita. Ada batasnya. Kerana teman kita ada prioritinya tersendiri. Ada tanggung jawabnya sendiri. Dia hanya mampu mendengar keluh kesah kita. Memberi nasihat mana yang dia mampu. Setakat itu sahaja. Untuk terjun laut bersama kita mungkin tidak. Kerana dia memikirkan lagi ada orang lain yang perlu difikirkan. Bukan dia hipokrit. NO. It just, fitrah dia……. itu sahaja takat kemampuannya… batasannya. Bila kita susah, teman hanya mampu menjadi pendengar yang baik. Memberi komen bila dia rasa perlu.
Sabahat….. carilah sahabat. Itu yang kita cari selama ini. Sahabatlah yang akan bersama kita. Dalam susah dan senang kita. Sanggup berkorban dirinya demi kita. Susah hendak mencari sahabat kini dalam dunia metropolitan kini. Dalam dunia yang keduniaan kini. Sahabat memang susah dicari, kalau sudah jumpa, hargailah pengorbanannya. Kerana kita tahu bahawa dia akan berkorban apa sahaja demi kita. Dan ianya akan menjadi lebih cantik jika sesebuah persahabatan itu diuliti dengan niat kerana Allah…… indahnya dunia ini Allah jadikan jika kita tahu menghargainya pada jalan Allah.
pix googled
Nasehat yang disampaikan Syekh Akbar Ibn ’Arabi di dalam kitab Kunh Ma la Budda Minhu li al-Murid. Berikut tausiyahnya:
“Jangan habiskan usiamu dalam usaha-usaha yang hampa. Jangan buang waktumu dalam perbincangan tak berguna. Sebaliknya, renungkan dan ingatlah Allah. Bacalah Al-Quran. Bimbinglah orang-orang yang tersesat ke jalan yang terang-benderang. Bantulah orang lain meninggalkan kejahatan dan alihkan kepada perbuatan baik. Perbaiki persahabatan yang rusak. Bantulah orang lain untuk membantu satu sama lain.
Kemudian beliau juga melanjutkan:
“Temukan sahabat yang tepat, yang akan menjadi pendukungmu, seorang kawan perjalanan yang baik di jalan kebenaran. Iman adalah sebuah benih. Ia tumbuh menjadi sebatang pohon dengan pengairan dan penyinaran yang bagus dari seorang sahabat yang beriman…..”
pix googled
betul kak jie...kawan juga boleh memusnahkan kita...tapi sedih bukan jika dia memburukkan kita..kadang2 terfikir..apa salah kita sampai dia buat macam tu...kawan juga ada yang support dan tidak support..erm renung renungkan :D
ReplyDeletekawan makan kawan pun ada... hati hati
ReplyDeletethanx akak.. sangat2 tepat : )
ReplyDelete