Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

Sudah lama saya tidak berblog. Janggal tetiba terasa untuk bercakap disini secara maya. Ditambah dengan kehadiran Ramadahan membuat saya rasa sedikit terpilu.
Pilu kerana Allah masih menyayangi saya dan keluarga utk berpuasa bersama2.
Amat terasa malam tadi ketika solat terawih dilakukan bersendirian dirumah kerana tidak sempat hendak berjemaah.
Saya baru pulang dari KL utk menghantar kain ke tailor bagi membuat baju melayu suami dan anak2
Mahu sedondon kata Mr Hie. Saya tersenyum tika mendengar Mr Hie berkata sedemikian di Kamdar pada sabtu lepas. Semasa kami memborong kain.
Jualan muarah merata2 di shopping mall. Begitu ramai orang.

Dalam memilih kain, hati saya terdetik utk mencari sehelai baju kurung utk Ramadhan. Bukan utk syawal, tetapi Ramadhan.

Sepasang baju kurung kembang dipilih berwarna unggu. Saya tak mahu Mr Hie membayarnya. Saya membayar sendiri. Mahu kelainan di Ramadhan kali ini :)

Semoga berkat dan dipermudahkan Allah hendaknya buat kami sekeluarga dalam megerjakan puasa kali ini....

.....


Selamat berpuasa buat semua

The End

No comments:

Post a Comment

Link yang berkaitan

Link within