Tuesday, June 8, 2010

Kepada para suami-suami....

kenapa kamu mesti mencerca sesuatu yang halal bagimu tetapi memuji-muji sesuatu yang haram bagimu. kenapa matamu lebih terpesona pada yang haram bagimu sedangkan yang halal bagimu kau pandang sepi. tapi yang kau pandang sepi itulah menjadi teman tidurmu, yang memberikan kebahagiaan bagimu.


sudah menjadi kewajibanmu untuk meringankan tugas-tugas isterimu, sediakan pembantu jika kau mampu jika tidak mampu tidak jatuh martabat kamu sebagai suami untuk sama-sama membantunya. sudah menjadi kewajibanmu juga memastikan dia sentiasa cantik di matamu, jika kamu tidak menyediakan peruntukan untuk dia berdandan sentiasa, siapa? jika kamu tidak berusaha untuk membantu urusannya dalam rumahtangga agar dia ada masa untuk menguruskan diri sendiri, siapa?

jagalah juga pendengaranmu agar tidak terlalu terpana dengan kelembutan suara yang haram bagimu. jika yang halal bagimu itu sudah tidak begitu mempesonakan bunyinya bagimu, bijaksanalah kamu di dalam mencari puncanya. jika kamu cuba fahami hatinya, nescaya dia juga akan cuba fahami hatimu. jika hidupnya tidak tertekan, percayalah dia tidak akan meninggikan suara padamu. periksalah diri kamu, apa kekurangan dirimu sendiri sehingga dia menjadi sebegitu, dan baikilah diri kamu sebelum kamu cuba membaiki dirinya.

jika kamu mampu menjadi teman kepada yang haram bagimu, kenapa kamu tidak mampu menjadi teman kepada yang halal bagimu. jika kamu mampu bercerita, bergurau-senda dengan yang haram bagimu, kenapa kamu tidak mampu bercerita, bergurau-senda dengan yang halal bagimu. kerana rupanya sudah tidak secantik dulu? kerana suaranya sudah tidak selunak dulu? atau kamu sendiri yang tidak pernah cuba menilai keindahan dalaman seorang wanita…

2 comments:

  1. Yaa….itulah jua jeritan hatiku…malah jeritan para isteri yg teraniaya…yg dikhianati para suami. Bukankah lelaki itu pemimpin wanita. Seringkali hanya salah sang isteri dicari…bila ditemui terus menjadi pendorong utk keseronokan diri. Mengapa tidak membimbing tanpa jemu…bukannya menyimpang tanpa ragu. Tidak terfikirkah kesan kpd si kecil yg masih minta dimanjai…dan sang isteri yg sentiasa setia menanti. Ahhh…kalau kutahu begitu sekali egonya lelaki….sedari suci relaku menyendiri…

    Ewa

    ReplyDelete
  2. sabar dalam menangani ujian Allah ewa....

    ReplyDelete

Link yang berkaitan

Link within