Wednesday, June 23, 2010

Kisah Seorang Pengembara

Salam Semua. Lama jie tak berceloteh kisah masyarakat yang boleh diambil iktibar. Disini jie ingin bercerita seoarang pengembara muda. Tersangat muda ala muka Prince Dastan. Hehehehe..... ambil aura Prince Of Persia jap :)



Pengembara ini berjalan dalam sebuah kampung. Kebanyakkan orang kampung tersebut adalah petani. Mempunyai dusun buah-buahan. Rambutan, manggis, durian. Tak kurang juga tembikai dan sebagainya. Sedang beliau berjalan-jalan sambil menghirup udara petang, terpikir sejenak dipemikiran pengembara. Kenapa pokok tembikai ni tumbuh melata, tidak tinggi seperti pokok rambutan tu? Buahnya kan besar.
Dilihat pokok rambutan pula, dia bercakap sendirian lagi, Kenapa pokok rambutan ini sungguh tinggi tetapi buahnya .... alahai kecik jer buah rambutan ni.

Beliau mula mempertikaikan kejadian Allah. Kenapa begitu, kenapa begini..... sambil dia berjalan dalam kampung itu.

Penat berjalan, dia berhenti seketika. Angin tiup sepoi-sepoi bahasa membuat matanya seakan-akan layu seperti mahu lelap sebentar. DIa mula melihat sekeliling. Ahhh, ada sepohon rambutan disitu. Agak rendang, bolehla aku berehat sebentar. Katanya, sambil menuju ke pohon rambutan.
Dia mula melabuhkan punggung dan menyandarkan diri dipohon tersebut. Dalam sekelip mata, dia sudah hanyut dibuai mimpi. Mimpi kali dia sedang berehat dibawah sepohoh pokok besar tinggi menjulang memiliki buah yang sangat besar. Amat bersesuaian dengan kebesaran pokok tersebut. Tiba-tiba buahnya jatuh dari dahan yang tinggi dan dia tidak sempat mengelak.
Buah yang besar dan berat itu jatuh menimpa kepalanya membuat dia terkejut seketika. Dia berteriak lalu terus terjaga. Dia dapatai mata sebalah kirinya terasa agak sakit. Apabila dia menoleh kekiri, dilihat sebiji buah rambutan kecik tergolek desebelah. Rupanya buah ini telah jatuh dan mengenai mata kirinya. Adus, memang sakit. Tetapi dia teringat akan mimpinya. Jika buah besar dan berat itulah yang jatuh menghimpap kepalanya. Mau rasanya kepalanya berkecai disitu juga.

Penyesalan terasa dalam dirinya. Mempertikaikan ciptaan Allah dan seolah-olah dia boleh menetapkan yang lebih baik dari itu........

" Memang tidak elok untuk seorang hamba yang lemah seperti kita mempersoalkan ketetapan Sang Pencipta. Allah benar-benar mengetahui rahsia ciptaan dan ketetapanNya"



The End

No comments:

Post a Comment

Link yang berkaitan

Link within