Wednesday, April 7, 2010

Kegagahan Wanita......

Kegagahan Wanita
Bukan pada otot pejal tetapi kekuatan perasaan:

Perempuan yang gagah adalah
  • Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
  • Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
  • Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
  • Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan
Kegagalan perempuan berdiri diatas teguhnya iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

As jie remember jie pernah menulis ini dalam blog lama. Disini jie ingin menulis lagi keran ada seorang wanita sedang menanggis sekarang. Menanggis tak sudah ..... jie tak sanggup dengar rintihan hatinya. Jie pilu. Jie tahu akan apa itu kesedihan yang dihadapinya.

Wanita, bangun la sayang. Anda sebenarnya kuat. Jangan bersedih lagi. La Tahzan sahabat ku.
Pandang sekeliling mu tika ini. Ada anak menanggis sekali disisi melihat mamanya menanggis. Hati kecil itu terluka kerana menyangka dirinya bersalah buat ibunya menanggis.

Anak itu memerlukan mu lagi sahabatku. Bangunlah. Masa merintih sudah cukup bagimu. Masa untuk mu bangun.

Jangan bazirkan tenaga mu itu. Merintih tiada gunanya lagi. Kenyataan perlu dihadapi.

Gunakan tenaga itu untuk muhasabah diri. Jadi yang terbaik untuk diri anda sendiri dan untuk anak2. Tidak dilupa ibubapa......

No comments:

Post a Comment

Link yang berkaitan

Link within