Sunday, October 21, 2012

Penyu menanggis tiada siapa tahu

Assalamualaikum,

Setiap manusia akan diuji Allah, tak kira tua atau muda, tak kira kaya atau miskin. Bila masa kita belum tentu tahu. Apa kita semua suka diuji? Semestinya setiap insan akan berkata TIDAK. Menolak dengan harapan akan sentiasa senang. Mendoakan agar dijauhkan.
Lumrah manusia, bila diuji akan mula memarahi takdir. Mula mencari kenapa dan mengapa. Tidak kurang juga orang sekeliling yang menokok tambah. Menjadikan ujian itu satu yang amat sukar untuk ditempuhi. Suatu yang sudah tamat dan tiada lagi penyelesaiannya.
Ada juga yang memberi nasihat dengan kata-kata semangat. Mendoakan agar kita berjaya menempuh ujian itu. Terima kasih mereka yang berpikiran positif seperti ini.
Yang bersifat negetif dengan mengambil kesempatan juga ada. Cuba memberi dengan bertujuan. Mengharapkan balasan tidak kurang juga. Keikhlasan hati mereka kita tertanya tanya.

Bagi jie ujian dan dugaan akan sentiasa ada. Kalau tidak yang memberi kesedihan ada juga ujian kesenangan. Kita lupa tentang ujian kesenangan. Inilah dinamakan kufur nikmat. Manusia mudah lupa. Mereka lupa pada Allah bila senang. Mereka jadi alpa seketika sehingga Allah berikan ujian kesusahan.  Ada yang diberi kesenangan sehingga lupa dahulunya beliau seorang yang sangat merendah diri dan begitu zuhud sekali. Ya ..... manusia mudah lupa.

Jie doa dan mohon pada Allah janganlah diri jie ini kufur nikmat. Dijauhkan! Semoga diri ini sentiasa dalam limpah kurnia Allah dan rahmatnya.

Bila kita sentiasa ingat begitu, Ujian yang kesusahan macamanapun, kita masih boleh senyum dan gelak ketawa. Kerana kita tahu Ujian yang Allah bagi itu cuma sedikit cuma berbanding ujian di hari Kiamat..... Ujian di titian mustakin, Ujian di alam kubur.

Ya Allah, yang itu lagi jie takut, lagi jie gerun. 

Pada ketika ujian itu, adakah jie dah ready? Adakah kalian semua sudah siap dengan persiapan nak masuk exam hall tersebut?

Jadi sahabat sekelian, jika ditanya kenapa penyu ini tidak menanggis, kerana penyu ini lagi takut Ujian besar Allah yang menanti itu. 

Salam Umijie

Friday, September 28, 2012

Homestay Hj Dorani

Semalam umi tak sempat nak tekan butang publish utk entry ni. Dah hanyut lepas nengok adam dan hawa. hehehehe
Ini umi nak cite sikit pasal homestay yang umi rasa amat sesuai bawak bebdk kesini. Syarat jangan bawak gadget bagai. Dimansuhkan sementara waktu. HAHAHA!

Cuti sekolah dah makin hampir. Pada ibu2 yang anak mereka sudah selesai peperiksaan UPSR. Akan ada rasa ingin membawa anak2 berjalan2. Yang punya buget besar akan bawa anak ke obersea. Yang punya budget sederhana, kemungkinan membawa ke negara jiran. Dan tak lupa yang budget sikit, masih bole membawa anak2 percutian didalam Malaysia. Malah jika mampu, ada yang membawa ke Kota Kinabalu.
Umi ingin memberi cadangan pada para ibu2 membawa ker Homestay Hj Dorani

http://doranihomestay.blogspot.com

Umi dah bawak my precious 5 boys ke Homestay Hj Dorani dalam bulan March ari tu. Memang menarik dan ada macam2 aktiviti.

Memula tu boys agar reluctant sebab dengar komputer tak de, tv takde dan kami banned any gadget kecuali masa tertentu.

So muncung la muka memasing. But lastly depa happy sesangat dan nak dtg lagi.

Ni antara gambor aktiviti di situ.

 Ni rumah yang kami menumpang
 Mandi sungai
 Menchanting batik
 Memancing
 Membuat layang2 sendiri
 Menaikkan layang2
 Menumbuk padi
 Yang ni panggil aper ya?
 Masakan kampung dimasak oleh mak cik tempat tu. Umi ambik package makan sekali. Breakfast, Lunch, minum petang dan dinner.
Melawat kilang kerepek
ada lagi satu

Melihat kelip2 di sungai besar. Umi tak dapat ambik gambo sebab gelap dan bila snap memang tak nampak kelip2 tu.
Cantik sangat macam twinkle2 little star
:)

Selamat Plan untuk bercuti bersama keluarga ya!

Wednesday, September 26, 2012

Resepi BBQ Chicken drumet dan sos cara umie jie




Ini resepi paling sonang umi buat bila budak2 tu malas makan nasi dan umi pun malas nak bawak depa kuar makan. Umi memang beli drumstick bebanyak kat Giant sebab boys suka makan bahagian tu. Dan fries pun memang sokmo ada jer.

Kalau ibu2 luar sana tu nak tau resepi paling mudah ni umi nak kasi.

Barangnya:
Ayam drumstick
Sos BBQ traditional knot
fries
serbuk paprika
Tepung sos Knor (ni dalam plastik hijo, kalu sempat umi ambik gambo dia umi tepek sini ya)

Caranya:
Lumur jer ayam tu dengan BBQ sos dan bior la sejam
Pastu masuk oven, set 200C selama 45 min
Setle ayam

Goreng fried hingga kekuningan
Tabur garam dan paprika
Siap doh

Sos lak campur jer tepung tu dengan air masak pastu kaco atas api hingga pekat.
Berapa banyak ikut sendiri. Umi cadang satu sudu untuk sebiji mug besor air
Kaco atas api sampai pekat.
Actually kalu rajin tunis bawang merah dan putih dulu, pastu campak mushroom potong kecik2 then baru campak aduanan sos dan air ni. Lagi nyaman dong ahhhh!
hehehe

Selamat mencuba ya

Tuesday, September 25, 2012

Apa itu BB plus yang umi dok minum tu?

Ni ha benda nya.




PENTINGNYA KOLAGEN ~ 
1. Kolagen membentuk 70% daripada lapisan dermis kulit. 
Ia adalah bahan utama dalam kulit, tulang, rawan dan pelbagai tisu penghubung di dalam badan kita. 
2. Kolagen membantu pertumbuhan semula kulit baru serta mengekalkan kelembutan kulit. 
3. Di dalam sendi rawan, Kolagen berfungsi sebagai kusyen untuk mengurangkan bebanan terhadap sistem struktur badan terutama pada pinggul, sendi dan lutut.

Umi pandang yang point no 3 tu. Lately ni dok sakit lutut bila naik tangga. Simptom umur 40an tu. Hehehehe

La ni ramai yang dok mengadu sakit sendi la, sakit lutut la. Antara RAMUAN BB PLUS ~ KOLAGEN IKAN . Kolagen ikan dikelaskan sebagai Kolagen Jenis 2, yang mempunyai struktur rantaian asid amino yang seakan-akan sama seperti yang terdapat dalam kolagen manusia. Habitat semulajadi ikan menyebabkan kolagen ikan mempunyai kandungan Prolin dan Glisin yang cukup dalam suhu badan ikan yang rendah iaitu sama seperti kolagen manusia. Prolin dan Glisin adalah dua jenis asid amino yang penting untuk penghasilan kolagen, mengekalkan kecantikan kulit dan kesihatan rawan.Kiranya umi nak no 3 dapat extra 2 benda lain yang no 1 dan 2 tu ha. Okay la kan. Almaklumla bila umur dah meningkat ni, nak jugak la rasa benda-benda macam ni. Kalogen ni. Zaman umi muda remaja dulu idok lak ada benda ni. Tepek bedak sejuk jer. Dan umi suka cuci muka dengan air sejuk beku tu. hehehehe rasa best sesangat bila kulit muka kena air beku.


La ni memacam ada. Bagus jugak. Meh la kita try. Ni hari ketiga umi try. Kalau ada perubahan umi habaq mai naaaaaa

hehehehe


Monday, September 24, 2012

Apa anda buat bila stress?

Masing-masing ada cara tersendiri untuk melepaskan stress. Ada yang dengan melalak berkaraoke, ada yang terperap didalam bilik menanggis. Tak kurang juga yang mula pergi ke tempat-tempat hiburan untuk menghiburkan hati bagi melupakan masalah.

Bila kita stress, emosi kita mula terganggu. Kita akan mula mengalami perasaan tak tentu hala. Sapa sahaja depan mata rasa nak marah. Nak jer tengking. Kalau kucing ada lalu pun disepak teranjang. Tak pasal-pasal kucing tu kena.


Itulah sikap manusia bila kita stress. 


Umi ada cara tersendiri bila stress. 
Umi amalkan aktiviti ini ada 5 tahun lepas. Nak jadikan ia rutin dalam diri pun memkan masa. Umi dapati cara umi ni amat berkesan. 
Kekadang tak terbuat aktiviti ini dek bisikan syaitan. Mulalah nak marah jer. Dan mangsanya selalunya anak-anak. Pastu rasa menyesal tak sudah pada diri sendiri. 

Apasal la aku pi marah anak aku tadi. Memang la dia buat salah. Takkan la aku tak boleh sabar sikit. Itulah yand terdetik dihati. 

Perlahan-lahan umi belajar dan cuba terapkan aktiviti anti stress ini. Bila umi lupa, umi akan back on track balik dan cuba buat balik. 

Itu yang umi buat. Dan hasilnya memang mujarab. Tak pernah fail pun. Dan juga bertambah baik diri ini dan more ceria :)
Nak tahu apa yang umi buat?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Umi ZIKIR pada Allah


Cubalah ya kalau rasa diri stress

Ikhlas dari umijie

Sunday, September 23, 2012

Great Time together

Nak try tepek video.
Bole ker jalan ni?


Kentang Oregano

Salam Semua,

Hari ni umi ada tetamu datang ke rumah. Tetamu dari company lama yang umi keje dulu.
Bersama mereka umi memula masuk keje. Fresh graduate keje kat Telekom Malaysia bawah payung TMnet.
Kami lah dulu memula mempromosi TMnet. Kalau ingat balik zaman tu memang nak tergelak pun ada.
Susah senang bersama. Hahaha!

Okaylah sudah berceloteh. Kena fokus balik ikut tajuk.
Nah umi tepek gambor dulu bagi selera datang


Okay nampak tak. Menyelerakan tak?
Umi hidang bersama-sama Roasted Rosemary Chicken ni ha


Ni gambar belum bakar. Yang dah bakar tak sempat snap gambor. Dah masuk perut. Resepi roasted chicken ada umi pernah blog tahun bila tah.

Sekarang untuk bagi resepi Kentang Oregano

Ingrediaent:

Kentang
Karot
Capsicums merah/kuning/hijau
Brokoli
Tomato
bawang yellow dipotong dadu
bawang putih dicrunch dan dipotong kecik2
oregano
lada hitam blend
mentega

Caranya:
1. Potong kentang ikut size sebiji bola golf. Make sure kentang tu dah siap kupas la kan
2. Rebus kentang dengan air yang dah letak garam secukup rasa. Jangan samapi lembik bebenor lak kentang tu. Ala2 gitu
3. Toskan kentang
4. Lepas tu gorengkan kentang dengan mentega sampai kekuningan
5. Pastu masukkan bawang yellow dengan bawang putih dan tumiskan sehingga naik bau
6. Campak karot, brokoli dan capsicums dalam kuali tu
7. Then tabur oregano dgn lada hitam blend. Jangan banyak sangat. Ala kadar.
8. Jangan lupa garam dan serbuk perasa sekali
9. Last sekali campak tomato supaya idok la lembik bebenor tomato tu

Nah siap tersedia Kentang oregano. Amat sesuai untuk orang yang tengah berdiet dan orang yang berpenyakit gaout. Hehehehe

Selamat Menjamu Selera ya semua :)

Link yang berkaitan

Link within