Monday, September 24, 2012

Apa anda buat bila stress?

Masing-masing ada cara tersendiri untuk melepaskan stress. Ada yang dengan melalak berkaraoke, ada yang terperap didalam bilik menanggis. Tak kurang juga yang mula pergi ke tempat-tempat hiburan untuk menghiburkan hati bagi melupakan masalah.

Bila kita stress, emosi kita mula terganggu. Kita akan mula mengalami perasaan tak tentu hala. Sapa sahaja depan mata rasa nak marah. Nak jer tengking. Kalau kucing ada lalu pun disepak teranjang. Tak pasal-pasal kucing tu kena.


Itulah sikap manusia bila kita stress. 


Umi ada cara tersendiri bila stress. 
Umi amalkan aktiviti ini ada 5 tahun lepas. Nak jadikan ia rutin dalam diri pun memkan masa. Umi dapati cara umi ni amat berkesan. 
Kekadang tak terbuat aktiviti ini dek bisikan syaitan. Mulalah nak marah jer. Dan mangsanya selalunya anak-anak. Pastu rasa menyesal tak sudah pada diri sendiri. 

Apasal la aku pi marah anak aku tadi. Memang la dia buat salah. Takkan la aku tak boleh sabar sikit. Itulah yand terdetik dihati. 

Perlahan-lahan umi belajar dan cuba terapkan aktiviti anti stress ini. Bila umi lupa, umi akan back on track balik dan cuba buat balik. 

Itu yang umi buat. Dan hasilnya memang mujarab. Tak pernah fail pun. Dan juga bertambah baik diri ini dan more ceria :)
Nak tahu apa yang umi buat?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Umi ZIKIR pada Allah


Cubalah ya kalau rasa diri stress

Ikhlas dari umijie

1 comment:

Link yang berkaitan

Link within