Thursday, July 22, 2010

Tips memasak dari Umi Jie

Memasak untuk keluarga merupakan salah satu cara kita ompompuan nak cari pahala lebih. Saham untuk kita di sana nanti. Di dunia, kita sibuk cari duit lebih. Apalah salahnya kita cari pahala lebih dengan memasak untuk family. Jie suka masak for my boys. Sejak diorang makin besar ni, jie suka tengok apa yang jie masak, habis licin.

Ada yang bertanya, macamana jie masak setiap pagi. Dengan nak siap my boys lagi. Nak siap diri lagi. Kira macam2 la.

Ada yang bertanya, macamana jie masak dengan ingredient nyer, lenagkuas, serai bagai.... preparation nyer mesti lama dan memenatkan.

Actuallynya jie ada tips sebenarnya. Jie sediakan barangan nya seminggu lebih awal. Ha, mesti korang pelikkan. Jie plan dulu apa nak dimasak dalam seminggu. So everything well prepare. Tinggal nak campak dalam kuali jer :-)

1.Bawang merah dan putih diblend sekali. Masa blend letak air masak. Ini bole disimpan sebulan. So jie selalu beli banyak bawang every month.

2. Lada kering diblend. Yang ini pun jie blend dengan air masak. Then tabur garam diatas sebelum tutup. Jie selalu buat for stok sebulan gak.

3. Lengkuas, halia, kunyit, serai blend. Also with air masak. Stok sebulan. Yang ini membuat jie mudah nak masak ayam goreng rempah @ masak lemak @ nasi ayam

4. Make sure ada bawang merah kecil, bawang putih dan halia siap terkupas dalam peti ais for seminggu stok. Yang ini bagi mempercepatkan process untuk bawang goreng @ tumis sayur @ ikan stim dan sewaktunya. Masa mengupas bebawang ni pun leceh dan memakan masa. So jie prepare awal.

5. Bahan sejuk beku seperti ayam, udang dan sotong, jie dah pack for each menu. Contohnya, for mee goreng, jie dah letak dalam satu bekas plastik see thru tu for one dish. So masa nak defrost dalam microwave will be that portion. So jie always have 5 bekas of udang+sotong+ayam yg dah potong kecik siap berbasuh dalam peti ais. This is use for making Mee goreng @ mihun goreng @ nasi goreng @ spagetti goreng @ jie buat sambal sotong for nasi lemak. All prepare....

6. Jie make sure also ayam sudah dipotong dan diasingkan for every dish. Each plastic with zip ada 5/6 pcs of ayam (always ambik kepak and paha coz anak suka yg part tu jer). Siap tersedia for ayam masak kicap @ ayam goreng rempah @ ayam masak halia @ just simple ayam goreng kunyit biasa.

7. Jie juga sentiasa make sure barangan dapur tersusun dan jie tahu where to get it. If Mr Hie letak salah tempat, memang jie naik angin. Geram rasanya, time masak, tak jumpa lak senduk.... Eeeeeee!!!!

So this is my tips for cooking fast. If u have other tips also, please do share with me. ;-)


The End

Wednesday, July 21, 2010

Sambal Goreng Minang dan Sambal Kicap


Semalam jie coti. Bukan cuti yang dirancang tetapi URGENT. MAID DAH BERENTI.
Stress giler rasa. dah la posa nak dekat dah. Baru plan nak masak memacam dan ada juga niat nak berniaga depan umah.
Hampeh betul.
Itu la risiko ambik maid indon yang illegal
Dah-dah, lari tajuk....
Tajuk utama kita hari ini sambal goreng minang dan sambal kicap.
Semalam jie masak ringkas jer. Mr Hie sakit gigi so kena ada sup. So jie rebus tulang, buat sup.
Takkan nak makan sup tulang jer....
So kepala mula ceative memasak. Almaklum stress buat jie suka memasak.

apa lagi, Tempe goreng, tauhu goreng dan ikan tengiri goreng. hehehehe berapa banyak perkataaan goreng daaaaa
Sedap dimakan dengan dua jenis sambal ni.

so inilah caranya

Sambal Goreng Minang
Bahannya:
Lada (ikut suka berapa banyak)
bawang merah
secubit perencah menumis knor
sedikit gula
garam secukup rasa

Caranya:
1. Tumbuk lada dan bawang merah
2. Tumiskan bahan tadi dengan minyak sedikit
3. Taburkan secubit perencah knor
4. Letak la gula dan garam secukup rasa
5. Tumis sehingga nampak sedikit garing dan naik bau
6. Makanlah dengan ulaman, ikan keli goreng atau mungkin ayam penyet
7. Sambal ini bole disimpan kerana ianya sudah masak 


Mudahkan........ (Pn Verde, kan saya dah cakap. Memang mudah) 

Now for sambal kicap. Jie ada 2 version of sambal kicap. Yang mudah dan sedikit kesusahan (sedikit jer ya Pn Verde....)


Sambal kicap version 1
Bahanya:
Cili padi (quantiti ikut suka. But my mak cakap if ganjil jadi pedas. If genap jadi tak pedas sangat)
Bawang putih
Gula
Kicap manis
Limau kasturi

Caranya:
1. Tumbuk lada dengan seulas bawang putih hingga lumat
2. Bila dah lumat, masukkan gula dalam lesung batu tu dan tumbuk sekali dengan lada. (gula banyak sikit)
3. Then tuang kicap manis
4. Perahkan limau kasturi
5. Tuang dalam magkuk but if nak serve dengan lesung tu okay :-)

Sambal Kicap version 2
Bahannya sama cuma lada digoreng dengan minyak dulu bersama bawang putih sebelum ditumbuk
Version ni lebih tahan lama dan mesra perut :-)

Sedap dimakan dengan pisang goreng panas... pergh!!!! I tell u , heaven....


Selamat menjamu selera


The end


Lebih dasyat dari Airiel dan Luna Maya :-)

adengan yang korang akan tengok ni lebih dasyat dari adengan Airiel dan Luna Maya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.

.




heheheheheheh

my debab(Aqiel Azirul) and bucuk (Muhammad Airil Azirul)



Cute tak?

The End

Monday, July 19, 2010

Resepi Nasi Ayam Umi Jie


Mengiurkan tak tengok ayam gorang tu?

Semalam tengahari jie masak nasi ayam. Ini merupakan resepi mak jie yang diperturunkan kami adik beradik.

Ingredients:
Ayam sekor
Sup bunjut
Beras
Butter
daun pandan
bawang merah
bawang putih
Serai
lengkuas
kentang
halia
timun
salad
tomato
Cili
Limau kasturi
Caranya:
1. Rebus ayam (kalu ramai anak macam jie ni, make sure ayam dipotong2 kecil. If not rebus jer sekor. Makesure bersihkan dulu yek). Letak garam sikit.
2. Jangan rebus sampai hancur. Ala nampak ayam dah putih gitu
3. Toskan ayam. Stok ayam tersebut jangan dibuang. Digunakan untuk membuat nasi dan sup
4. Ambik 3 biji bawang merah. 2 biji bawang putih. sedikit halia, kunyiy dan lengkuas serta serai. Ditumbuk
5. Lumur pada ayam tadi dan di letak kicap manis. If nak manis lagi letak gula.
6. Perapkan sekejap
7. Basuh beras dan toskan
8. mayang bawang merah, Halia, Bawang putih
9. Tumiskan dalam periuk rice cooker tu. Letak jer periuk tu atas api. Tumis dengan butter memang sedap.
10. Lepas dah naik bau, Msukkan beras yang ditos tadi. Gaul2 kan. Letak garam sikit.
11. Then masukkan stok ayam tadi mengikut sukatan beras.
12. Letak daun pandan then letak periuk rice cooker tu dalam rice cooker. Bior dia masak.
13. Ayam yang dah marinated tu bolelah digoreng dengan minyak banyak. Masa ni harumnya tak terkira
14. Ni nak buat sup. Tumis bawang merah/halia/bawang putih. Bila dah naik bau. Campak kan ajer dalam stok ayam lebihan tu.
15. Campak kentang yang dah dipotong serta sup bunjut adabi.
16. Potong la timun, tomato dan hiaslah dengan daun salad
17. Sambal lada tu, just blend cili dan bawang putih dengan stok ayam. After that perah limau kasturi.
18. Then panaskan atas api hingga masak. Ini bagi mengelakkan mereka2 yang perut tak tahan cili tidak dimasak ya
19. Sambal kicap tu, lebihan marinate ayam tadi..... :)

Siap tersedia dimakan


The End

Rasa diri seperti dianiya oleh kawan sendiri....

Pernah tak korang semua rasa macam ni. Macam ni la jie rasa right now. BOSAN adalah perkataan paling sesuai waktu ini. MENYAMPAH pun bole jugak.

Jie dah rasa sabar jie sudah sampai limitnya.

Jie berlaku baik pada semua makhlik Allah. Tak kira kaya atau miskin. Tua atau muda, Lawa atau tidak. Bagi jie sama jer. Dan setiap kejadian jie selalu pujuk hati. Ketentuan Ilahi. Sabar jie, Sabar itu indah. InsyaAllah akan ada manisnya kenikmatan itu bila jie redha.

Ni bukan jie tak redha. Tapi jie rasa seperti dipergunakan dan diperbodohkan oleh manusia2 yang gile. Gile duit, gile nama, gile kuasa. Itu la dia.

Depan jie cakap bukan main baik. Lembut lidah sungguh. Belakang , tak usah cakap la macamana. Itu pun jie masih bersabar......

Tapi sabar jie ada limitnya. Jie dah BOSAN dengan ucapan sabar jer. Redha jer la. Dia memang macam tu. sabar jer la.

Sampai bila diperguna dan diperbodohkan oleh manusia GILER ni. Sampai jie jadi GILER sama macam diorang ker????

Sejak dari jie sekolah, jie rasa dipergunakan oleh kawan. Kawan sekolah yang hanya berkawan dengan jie bertujuan nak copy homework

Kawan universiti yang mempergunakan jie untuk glamer sebab jie ni adik seorang senior lelaki paling popular kat Uni

Kawan yang hanya berlagak baik depan kita tapi belakang mengata

Kawan yang hanya berkawan masa kita senang, punya harta banyak. Bila kita susah, lagak macam nak menolong tapi punya agenda busuk hati tersendiri.

Mereka ni adalah kawan yang lebih memikirkan diri sendiri dari erti persahabat.

Jie dah bosan semua tu. BOSAN.....

Kita jer pikir perasaan orang. Ada diorang kisah perasaan kita? Ada? Tak kan.


MENYAMPAH DAN BOSAN!!!!!!!

Ingat, doa oarang teraniya dimakbul Allah. Korang tunggu la nanti.


The End

Thursday, July 15, 2010

Sayangi Keluarga Anda

Tajuk post kali ni ingin jie mengajak pembaca merancang percutian keluarga. Apa kata kita buat perancangan percutian kelurga bermula sekarang untuk percutian bulan Desember nanti. Perancangan awal bagi memudahkan kita yang mempunyai anak ramai ni :)

Jie selalu membawa keluarga bercuti. Sememangnya kemestian. Pernah berlaku kejatuhan ekonomi dalam keluarga kami, tapi masih jie dan Mr Hie akan mencuba membawa keluarga bercuti walaupun sekadar ke zoo negara.

Apa kata layan gambar-gambar percutian kami....
Percutian Pertama - Pulau Tioman, Gambar dalam hardcopy. Nanti bila dan scan akan jie tepek balik sini



Percutian Kedua - Pulau Gems, Gambar dalam hardcopy. Nanti bila dan scan akan jie tepek balik sini



Percutian Ketiga - Pulau Sibu, Gambar dalam hardcopy. Nanti bila dan scan akan jie tepek balik sini



Percutian Ke empat ke luar negara - Perth, Gambar dalam hardcopy. Nanti bila dan scan akan jie tepek balik sini

Percutian ke lima ke luar negara - Wester Europe
At the airport


Lufthansa Airport, German


Mekar sungguh bunga di Europe


Menunggu Mr Hie pi ambik keta sewa, kami lepak kat bus stop


Stesen ketapi kat sana


At Paris

Eiffel Tower


Scenery at top of Eiffel Tower


Cute jer nengok keta ni dalam kaca
Kat sana penghantaran Pizza pakai keta ni


Taman in the house we stay
Sejuk giler masa tu walaupun summer


At Paris


Percutian ke enam - Kota Kinabalu... later tepek gambo
Percutian Ke tujuh - Zoo negara .... later tepek gambo
Percutian ke lapan - This December 2010 ...... Melbourne, insya allah


Sunday, July 4, 2010

Apa azam anda untuk bulan puasa and raya kali ini?

Bulan puasa dah semakin hampir. Kira-kira lagi sebulan. Rasanya masing-masing sedang sibuk ganti puasa. As for jie. Sedang menyusun azam bulan puasa. Last year jie tanam azam to cook at home for break-fasting. Kurangkan berbelanja di pasar ramadan. Masak rendang ayam..... And I did it. Mission achieve. So for this year. I will put the same aim again:

1. I will cook for break-fasting (kena start susun menu ni)
2. I will less buying food at pasar ramadan ( jimat :-)
3. I will buat biskut raya, at least 3 jenis( last year pun dapat 3 jenis.... boys buat kueh raya.... so bentuk jadi macam-macam hehehehehe)
4. I will bake cake raya ( yang ni pasti )
5. I will masak rendang ayam ( Jie memang tak pernah masak rendang sebab mak jie and MIL memang sedap masak rendang. so setiap kali raya, jie just tunngu depa buat. But, Last year I did it. For my family and evan bring to opis
6. I will  kurangkan berat badan ( 5 kg.... insyallah :-)
7. I will make sure all family members ( especially anak2) sahur. Sahur is very important in fasting period.
8. Our color theme this year is light green
9. O ya, nak ajak Mr Hie kuruskan badan jugak ;-)

Jie rasa  9 cukup la kan. 9 is also kesempurnaan in numerology. Dengan izin Allah semoga puasa kali ini begitu sempurna buat jie sekeluarga. Aminnnnn

The End

Link yang berkaitan

Link within