Semalam aku ambik my KRU boys tiga beradik dari tuisyen cikgu Rozini. Bagus cikgu ni. Dia HEM sekolah anak aku. Masa aku nak masukkan anak aku tuisyen, aku merayu depan opis dia tu. Dia suka budak2 tapi dah banyak sangat student dia. So dia agak memilih student. So aku merayu sakan dan alhamdulillah Aiman dapat masuk. Then aku selitkan Amir dan Ayep. So far pembelajaran anak aku meningkat. Evan Aiman tu dah macam anak angkat Cikgu Rozini aku tengok.
Tq Cikgu
Okay dah cerita pasal cikgu. Ni nak cerita pasal Amir. Dalam pukul 10:30pm , aku pi la jemput boys ni kat umah cikgu. Masuk jer kereta Amir sebut gini:
" Umi, Amir nak mintak maaf kat semua orang".... aik dalam hati aku rasa pelik. Apa mimpi bdk ni. Salah makan ker or cikgu dah bagi kesedaran masa tuisyen? Aiman yg baru nak duduk dalam keta pun pelik. Apahal ko ni Amir? Tanya si Aiman.
Hati aku berdebar jap sambil aku tekan minyak terus bawak keta balik.
Kenapa mesti Amir cakap macam tu. Amir ada buat salah apa2 ker? Tanya aku.
Amir dah rosakkan Wii. Amir download games. Allah! tepuk dahi aku.....
Memang aku tahu Wii tu rosak. Sabtu lepas, masa si Ayep nak bukak tetiba kuar error tah apa2.
Kenapa amir rasa bersalah sangat? Tanya aku lagi. Dahi aku berkerut lagi......
Sebab Wii tu beli pakai duit semua orang (duit raya 5 beradik) tapi Amir yang buat rosak. Amir tak sengaja... aku senyum sesorang...... :) bahagia nya aku dengar.
Amir yang paling kiri, debab then Ayep
"Ya Allah, aku mohon agar anak2 ku bukan sahaja pandai ilmu dunia tapi juga ilmu akhirat"
Amin.....
The End
No comments:
Post a Comment