Thursday, April 29, 2010

Resepi Pizza Umi Jie


My home made Pizza :)

Ingredientnya:

Doh:

2 cawan tepung
Sepaket ibu roti
3 sudu besar minyak masak
Segelas air paip ( rendam ibu roti guna air ni)

Cara:
1. Rendam ibu roti dalam air selama 15 minit
2. Tepung buat lubang in middle dan tuang air ibu roti yg dah kembang
3. Gaulkan
4. Letak minyak
5.Uli sampai tak melekat. If melekat2, letak tepung sikit
6. Bulatkan seperti gambo dan rehatkan selama 30 min
7. Rehatkan dengan tutup wit kain lembab

Topping:
Sosej
Bawang yellow
Isi ketam (ikut suka)
Prego tin ( nk pakai keju dengan herb pun bole atau lebihan sos spagetti pun okay gak :))

Cara:
1. Canai doh jadi bulat. Jika suka nipiskan
2. Sapu sos prego/sos lebihan spagetti/tomato sos
3. Tabur sosej/sotong/bawang
4. Tabur bawang yellow yg dipotong dadu
5. Lastly tabur cheeze
6. kalau nak buat mini pizza, potong cheeze keping dan letak atas pizza kecik tu bentuk X
7. Bakar pada suhu 190C selama 20min

Pizza mini kesukaan si debab dan bucuk


The end

Wednesday, April 28, 2010

Akak Bedah nengok wayang :D


I tell you ...... tempat dia FULAMAK!!!!!!


Jie rasa terkedu jap masa masuk Platinum Movie Suite ari tu. Pergh!!! glam and very luvury.


Berbaloi ler bayar tiket RM25 per tiket. Itu hari senin atau selasa or rabu jer. Hari lain RM75..... tu dia.
I want to say TQ to Mr Hie for bringing me here. Masa tu memang tengah stress semacam. Dan kami nengok cerita ni

pix googled

Kalakau giler punya story.
Gi la nengok kalu korang dalam keadaan stress.....

ilang stress

The End

Nasi Ambang or Nasi Ambeng?

 Pernah tak korang semua makan nasi ni?


Ini lah dia NASI AMBANG or maybe ada yang panggil NASI AMBENG. Entahla, akak bedah pun tak sure apa nama sebenarnya. Akak bedah orang pantai timur, Pahang mari....

Nasi ni kami anak beranak selalu gak makan dolu dolu... masa tu arwah nenek Mr Hie masih hidup lagi. Setiap kali balik kampung di Johor, pasti ada nasi ni. Kalau tak arwah nyaye (tak sure ejaan ni betul ker idok) yang masak atau mesti ada yang membawa balik bekal.

Adus teringat sat kat kaki Gunung Ledang..... sejuk sangat kalau di subuh hari.......
:D


Where to get this:

Restaurant D'Jendela
Taman Tun Ismail
Kedai Baris Celcom TTDI

Banyak menu lauk pauk Johor disitu


The End

Tuesday, April 20, 2010

Amir nak mintak maaf

Semalam aku ambik my KRU boys tiga beradik dari tuisyen cikgu Rozini. Bagus cikgu ni. Dia HEM sekolah anak aku. Masa aku nak masukkan anak aku tuisyen, aku merayu depan opis dia tu. Dia suka budak2 tapi dah banyak sangat student dia. So dia agak memilih student. So aku merayu sakan dan alhamdulillah Aiman dapat masuk. Then aku selitkan Amir dan Ayep. So far pembelajaran anak aku meningkat. Evan Aiman tu dah macam anak angkat Cikgu Rozini aku tengok.

Tq Cikgu

Okay dah cerita pasal cikgu. Ni nak cerita pasal Amir. Dalam pukul 10:30pm , aku pi la jemput boys ni kat umah cikgu. Masuk jer kereta Amir sebut gini:

" Umi, Amir nak mintak maaf kat semua orang".... aik dalam hati aku rasa pelik. Apa mimpi bdk ni. Salah makan ker or cikgu dah bagi kesedaran masa tuisyen? Aiman yg baru nak duduk dalam keta pun pelik. Apahal ko ni Amir? Tanya si Aiman.

Hati aku berdebar jap sambil aku tekan minyak terus bawak keta balik.

Kenapa mesti Amir cakap macam tu. Amir ada buat salah apa2 ker? Tanya aku.

Amir dah rosakkan Wii. Amir download games. Allah! tepuk dahi aku.....

Memang aku tahu Wii tu rosak. Sabtu lepas, masa si Ayep nak bukak tetiba kuar error tah apa2.

Kenapa amir rasa bersalah sangat? Tanya aku lagi. Dahi aku berkerut lagi......

Sebab Wii tu beli pakai duit semua orang (duit raya 5 beradik) tapi Amir yang buat rosak. Amir tak sengaja... aku senyum sesorang......  :) bahagia nya aku dengar.


Amir yang paling kiri, debab then Ayep

"Ya Allah, aku mohon agar anak2 ku bukan sahaja pandai ilmu dunia tapi juga ilmu akhirat"
Amin.....


The End

Pagi ini sungguh nyaman..... semoga sampai ke petang

Pagi ni akak bedah ko ni datang awal ke opis. Pukul 8 udoh ada kat meja. *Nampak bebenor aku selalu datang lambak ekkk.

Debab such a good boy today. Sesudah aku siapkan sarapan pagi, aku kejutkan debab.Bangun tido merenggeknya sekejap jer. Pukul 6:30am debab bangun dan siapkan diri ke Tadika cikgu Fatin.

Debab selalu melalak bagai nak rak depan pagar tadika. Bermacam2 alasan dia bagi. Sakit gigi la, sakit kaki la, sakit perut la. Mata tak bole bukak la. Tapi pagi ni dia okay. Adala alasan sekejap sakit perut tapi then dia bangun kuar kereta merelakan diri ke Tadika tanpa sebarang paksaan.

Bucuk pun berkalakuan baik today. Siap cium tangan aku dan bye2 kat pintu sliding door. Hermmmm nyaman sungguh rasanya.

Pagi ni aku bawak bekal. Aku makan dengan tenang didepan lappy aku ni ha sambil makan mee goreng dan tea lipton packet....


Sedap aku masak ari ni :p.... abis licin

Hari2 macam ni kan syok!!!

The End

Monday, April 19, 2010

Tiba-tiba rindu pada arwah moyang dan arwah nenek

Kalau aku ada gambor diorang berdua ni nak aku tepek sini. Aku betul2 rasa rindu. Org tua2 cakap bila kita rindu org yg dah meninggal means diorng nak minta kita bacakan surah Yassin. Insyallah akan dilakukan :)

Masa aku kecik dulu, aku kira yang paling gelap dalam adik beradik. abang2 aku pun putih tau. Tension aku. So kekadang aku selalu bawak diri. Sedih sesorang. Pernah lari dari umah lagi due to this. Heheheh Kalau ingat balik kelakau. Kami semua 10 adik beradik. So ko bayangkanlah kecoh kalau bergaduh. Abang aku suka usik aku kata aku anak angkat. So aku sorok baju bawah rumah, then aku lari bila line clear. Aku pusing satu bandar Kuantan sesorang. Bayangkanlah..... masa tu aku kecik lagi. Sekolah pun belum rasanya.

Ayah aku pi cari and then jumpa. Dia bawak balik and told me that aku anak ayah. Kulit sama.... :D

Lepas tu aku tak kisah dah and selalu gak bawak diri pi rumah nenek aku (aku panggil nenek tapi dia moyang aku) Saje jer. Sebab kekadang aku tension dok umah tu. Asyik kena buli kata aku macam anak K...L....G.

So masa dok umah nenek, aku banyak belajar new things. Petua orang tua2. Cara nenek aku senaman tiap pagi. Cara pemakanan. Tapi seingat aku, aku angguk jer. Betapa nenek aku percaya kat aku sampai kat mana dia sorok duit pun dia bagitau aku.... :D

Tapi it wont last long, sebab mesti mak aku ambik aku balik. Dia kata nak sekolah. Nenek aku pun bagi jerla.... sedih gak tengok muka nenek aku, tapi rasanya kalau aku dok dgn nenek, ada aku jadi macam org indon. Sebab nya kawasan nenek aku dok tu is memang kawasan indon. Nenek aku orang seberang. Tapi dia dah datang sini dah lama. Dia pernah menetap di Singapore. Then dia beli tanah di Pahang and menetap disitu. Datok aku buta. Ikut cerita nenek, datok aku dulu kaya sebab dia lah yang bawak orang pi Haji naik kapal dulu2. kira dia buat Haji tak terkira banyak. Isteri pun banyak but yang tahan dengan dia just my nenek. Masa dia beli tanah di Pahang, dia ditipu. But dia redha dan terima ketentuan Allah. So dia stay low after that. Woo aku (Mak kepada mak aku) dilahirkan di Singapore. Nenek takde anak lain, just Woo.

Masa aku kecik, aku suka dok menyelit kat nenek, so aku selalu dengar diorng berborak. Aku paham tapi tak reti bercakap. As time goes on, nenek dah takde, so do Woo. Yang tinggal mak aku dan adik beradik dia. Aku rasa rindu nenek sebab dia banyak kasi aku ilmu masa aku kecik, tapi aku tak documentkan :p

Banyak ilmu tu, seperti every norning ambik air satu besen and tenggelamkan muka. Air tu sejuk giler macam airbatu. Mata kena pejam celik and gerak2 muka. Nyolam katanya.....

Aku tak paham gak, but I did it masa teenager, aku tak ambik air kolah, sebab mana ada kat umah aku. Air paip yg dikolah tu tak sesejuk amcam umah nenek. So nak yg sejuk, aku bantai air batu cair ... :D

Aku rasa sebab tu kot muka aku macam org muda :D eheheheheheheh kuang kuang kuang.....

The end

Motivation words.....



"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya",
surah Al-Baqarah ayat 286

:)

the end


Jalan-jalan cari makan

During the weekend, me, Mr Hie and debab went to find cendol. I didnt bring all my boys as they want to play football with their frenz and bucuk lak dah terlena di umah. So just the 3 of us. Hari tengah panas lak tu, so perasaan nak minum cendol tu membuak2


The best cendol in town...... Yezzzzzza mana lagi kalau bukan di Wahab Cendol, Setapak.
Setapak is Mr Hie punya tempat bermain masa dia kecik2 dulu. So he knows where is the best place to eat there. So far I coundnt find any best cendol yet. Evan at Melaka tu tak sesedap Wahab cendol.
Jie suka cendol tapai. They use tapai ubi. Like other place, they use tapai pulut. Tak berapa umph. But here, got cendol durian, cendol tapai or evan cendol pulut. Tempatnya sentiasa penuh.
Then if lapar, ada rojak



Memang sedap

After tekak yang kering sudah basah, Mr Hie ajak gi Kg Bahru. Berjalan lagi, We went to Restaurant Ros at Jalan Raja Alang. Mr Hie says sate minang there is good



And I am enjoying myself with bakso



Pedas gilerrrrrrr bakso ni. Melepuh bibir rasa

Debab really like sate minang


Haaa kooo besau nyer mulut dia.....

The end

Friday, April 16, 2010

Resepi Spagetti Carbonara Umi Jie

Ni nak share satu lagi resepi yg jie suka masak untuk my boys:

Ingredientnya:

Prego Keju dan herb - 2 tin (anak ramai maklum jer la)
Mushroom tin potong kecil2
Ayam direbus dan diracik
Air rebusan ayam jangan dibuang, akan diguna
yellow bawang potong dadu
Olive oil
Spagetti

Cara:
Tumis bawang yellow dengan olive oil sampai naik bau
Tuang prego tu
Tuang air rebusan ayam
bagi pekat
Campak mushroom
Then lastly campai spagetti sepaket yg dah rebus

Hasilanya:



Selambak ha ko. Ni untuk anak 5, suami isteri and a bibik.
Kalau korang berdua jer, buatla separuh paket spagetti dan setin prego tu.
Nak sedap lagi, campakkan sotong and udang.....
Perggggghhhhhh! lagi sedap.......

Do you know sos yang dibuat ni bole buat topping pizza ? Yezzzaaaa.....
If rasa sos tu byk, simpan separuh, baru letak spagetti. U can use it as your pizza topping.
Sedap tau..... dengan cheese dilambakkan diatas pizza.
Nanti jie kasi resepi buat doh pizza :)

The End


Betul ker pompuan suka makan pedas dia kuat ......"ehem"

This statement is given to me.... not sure betul ker idok. Kalau korang kuat makan cili padi tu, betul ker korang kuat..... "EHEM" tu???? Aish !!!! soklan 18 SX.

pix googled

The End

p/s - aku tak suka makan pedas, okay :)

Kalau Stress makan la coklat

Rabu lepas jie a bit stress. Kesibukan dengan kerja dan juga masalah peribadi ...... Tension buat jie rasa macam nak demam. Luckily Mr Hie being so understanding, ajak jie balik awal and we goes here


Jie kalau stress my pabaret is makan kek coklat. Kalau tak dapat aku buat kek sendiri. :D
So that day, jie makan benda ni
Coklat Mint Cake...... yummmy nyer.
Hilang stress aku, hilang demam aku :D

Mr Hie melantak ni
Dan muka dia macam ni lepas abis wafle tu ditelanya

Dan tengok aksi seterusnya

HAHAHAHAHA tersandor kekenyangan.....
Malam tu Mr Hie trus blackout penangan coklat
As for me terkebil2 mata sebab minum capacinno..... Layan CSI malam tu hehehehehehe

Tak ler mahal makan situ, sesekali layan diri :)
Tapi lepas ni Mr Hie lak belanja ..... okay!

The End

Monday, April 12, 2010

Nak bilik tido macam ni....

Tengah mensurvey bilik tido yg sesuai.....

Nak bilik tido macam ni



Kalau bole nak almari baju aka closet macam ni


Meja solek yang ni


Dan nak tengok TV dalam bilik tido tu


Lets there be hope and doa.....

heheheheh

:)

The end

Lasagna Resepi by Mr Hie

Once upon the time, there was a malay man, very strong man and very responsible (puji kena lebih :D). He was so frusted on Saturday as he cant go for his ride on his italian bicycle. He really adore his bic and really wanting to do his rutin of cycling with XL team cyclist on every saturday.

He already prepare everything...... energy gel, protien drink and everything. Kira his physical and mental are prepared.

Then.... kabooom. Start lightning and thunder around 3am on that Saturday morning. But still he has hope. Still waiting for the rain to stop....... rain, rain go away, come again another day........

So the rain stop but still the cloud are not so good. Still no shine from Mr SUN.

Still with BIG hope, he goes out and went ......

But, Allah maha kuasa, he went back home with face so goommy..... :( *kesian akak bedah ni tengok

That day has become bad day ever since. Everybody cant make any noice or grumpy voices as, he will sure grumppy also. *Debab pun kena marah tauuuuuu

Then the next day, shine everywhere. Feels sorry for himselves and the boys, This fellow decided to make

LASAGNA

hehehehe........................ trus hari tu Mr Hie buat lasagna setelah berkurun tak buat sampai jiran depan umah pun dok tanya..... hahahahaha



Nah jie bagi resepinya:

Sos spagetti Prego
Daging hancur Ramly
Mashroom dalam tin, dipotong dadu
Bawang Yelow dipotong dadu
Minyak Zaitun untuk menumis
Kepingan Lasagna
Cheese lots of them
Foil aluminium atau bekas bole masuk oven

Caranya:
1.Tumis bawang yellow dgn minyak zaitun. If takde pakai butter
2. Masukkan daging hancur. Dan renihkan sampai lembut
3. Campak mashroom
4. Campak sos prego tu
5.Siap dah sos lasagna
6. Rebus kepingan lasagna sampai lembut
7. Mulakan meletak bahan dalam bekas
8. Dimulakan dgn daging, then cheese, then kepingan lasagna.
9. Buat sampai banyak layer and lastly en dgn cheese dan letak banyak2
10. Bakar dalam oven. Suhu buatla 190C dan bakar dalam 30min gitu. Kalau nak garing, lebihkan. Dan kalau nak basah2, kurangkan masa

So Selamat mencuba resepi Lasagna Mr Hie

The man was so tired of cooking lasagna until he fell asleep......

And they live happily ever after ...... :)

The End

Thursday, April 8, 2010

Kepingin Laksa Singapore

pix googled

Aku kepingin ini. Pagi tadi bucuk bukak TV dan kuar cerita laksa singapore kat AFC channel.
Trus perut aku berbunyi. Tapi pagi tadi tak sempat cari. Tengahari jie bawak bekal bihun goreng.
So sat nanti nak kuar dating dgn Mr Hie, so nak request makan
 Laksa singapore aka Curry Laksa aka nyonya laksa.

Aku tak kisah apa nama sebenarnya. Asal ruper macam gambo ni
YUMMY nyer
Lapor siot dalam tempat beku ni

The End

IPHONE for sale, Brand new, not make in China

Ha ko aku jual Iphone lak. hehehehehehe. Ni kalu kawan aku si Teo Shaw Ching baca ni mesti dia gelak sesorang. Dari dulu lagi dia suka cakap aku ni bole buat semua benda. Heheheheh. Shaw Cing, if u read this.... u are absolutely correct laaa

As u know my beloved Mr Hie is working in DiGi, so he is selling this IPHONE la. I am using one, so do him. So if u all yang berminat, cakap kat jie okay. Murah dari harga pasaran!

Pic taken dari website DiGi.

Kelebihan IPhone ni, meh akak bedah ni nak cakap:
1. Bole tengok email, tak payah dok cari CC or bawak laptop berat tu
2. Banyak aplikasi berguna
3. Banyak games, online or not
4.Bole FaceBook wei, dimana jua *evan dalam tut....
5. Browsing lagi la bole
6. Jie suka SMS iphone, bole nampak history of the conversation....
7. Dan banyak lagi....

Nak cerita tapi masa tak mencukupi. Senang cerita satu Iphone satu org memang berbaloi2.
hehehehehe
iklan jap

The End

Beautiful Blogger Award


Jie ada terima  ini award dari Cik Bai. Link dia http://gemiez.blogspot.com/
Baru keperasanan... sorry bai. TQ sesangat....
errr cantik ek aku nyer blog.... syok sendiri jap

So ini kali pertama terima award. Kalu jie dok baca dalam blog si bai ni jie kena buat ni:

1. Thank and link the person that gave you the award. DONE
2. State 7 things about yourself.
  1.  Jie suka membebel especially kat anak2 jie. Ikut numerology banyak 123 dalam triangle so memang byk cakap. So I am using my potential of ban yak cakap thru my numerology,my blog and my biz... anyone interested to know more about my biz? meh kita appointment.
  2. I am beautiful and I thank Allah for that. .... puji diri sendiri. Sapa nak puji kalu bukan diri sendiri. Betul tak? Bai jie setiap makhluk Allah itu cantik. Kalau kita kata tak cantik meanskita menghina ciptaan Allah......
  3. Aku ada ramai anak dan kesemuanya lelaki. Yup dan aku amat berbangga dengan statement ini. Okay!
  4. Emosional sometimes. Memang ada dalam numerology. Dulu jie tak kata jie emo. Tak fahami diri. Then after learning numerology, baru tahu. It is actually sensitive, in numerology. Use it positive way such as, I can be sensitive to others feeling and know how to conform others as I am very sensitive. But dont be to deep, ikut numerology la.... ada betulnya. I am using it now....
  5. Tersangat perihatin pada wanita teraniya. Ha sebab sensitive ni kot. Dan isu wanita ni sorry la nak cakap sikit para lelaki2, akak bedah ni memang agak sensitive. Silap haribulan kena bebel tak sudah nanti.
  6. Suka masak kek especially untuk anak2. Memang faberet. Especially kek coklat moist. Resepi ada di beri dalam blog
  7. Suka share resepi. Jom share resepi kengkawan.... Menu yg kids love dan mudah/cepat utk ibu berkerjaya like me....
Banyak lagi ni tetapi dia mintak 7 jer.... kena stop sebelum aku membebel lagi.

3. Pass this award on to 15 blogger's you've discovered
  1. I Luv Islam http://www.iluvislam.com/v1/news.php
  2. Resipi Hidup Bersama Suzana Ghazali http://resipihidup-bersamasuzana.blogspot.com/
  3. Dunia Perkahwinan-Asam Garam Hidup Berkeluarga http://intim.wordpress.com/
  4. Mum Centre Malaysia http://www.mumcentremalaysia.com/
  5. Amirul Ayafique http://amirul-syafique.blogspot.com/
  6. Personal Finance Adviser http://kclau.com/
  7. My home cooking blog http://noreen-homecooking.blogspot.com/
  8. kakengku2000 http://kakengku2000.blogspot.com/
  9. Pencinta Merah - The Red Lover http://redmummy.com/
  10. Honey to the bee http://h0n3yt0th3b33.blogspot.com/
  11. Our Life  http://ladyverde.blogspot.com/
  12. By - Semua Tentang Kehidupan (aku pass balik kat ko)http://gemiez.blogspot.com/
  13. Under One Roof - Umi E http://umi-e.blogspot.com/
  14. Feroza Shariff http://skinnutri.blogspot.com/
  15. Aiman my eldest blog http://hidungpenyek.blogspot.com/
The end.....

House to sell : Armanee Duplex Condo

Armanee Condo is a Duplex Condo (double storey) which is located at Damansara Damai (PJU 10), Selangor. The 4-acre central Balinese-inspired landscaped courtyard, 48 acres Urban Park, is so ideal for family to stay with 3 + 1 bedrooms, 3 bathrooms and 1645 sq ft.




PROPERTY DESCRIPTION
High floor, very breezy, cool and refreshing, tastefully reno, etc... Easy access to PLUS highway, LDP to 1 Utama Shopping complex, IKEA, Ikano Power Centre, Tesco etc..


Armanee Condo has a lot of facilities such as Barbecue Area, Business Centre, Cafeteria, Club House, Covered Parking, Gymnasium, Jogging Track, Mini Market, Nursery, Playground, Salon, Sauna, Squash Court, Swimming Pool, Wading Pool, Tennis Court, 24hr Security Service and also wheelchair access.


Interested to know more just contact jie :0193336850 or Mr Hie 0162025274

Wednesday, April 7, 2010

My most valuable and precious....



and
I love them soooooooo much!!!!!!!!!!
:)
:)
:)
:)
:)
5 smiles
5 of them

Suddenly....

Suddenly, it makes me remember. It hurts so badly hurt. Damn it!!!! I hate this feeling. Am I not cure yet?
Feels like shouting, crying and hating again, deep inside. Ya Allah, help me. I hate this kind of feeling.
Give me strength Allah. please do. I need it.

.
.
.
.
.
.
I am not crying.... just inside me.
Is this showing.... I am cure??????
Sadness.... suddenly.

Dont waste your precoius energy Jie,
I told to my selves
Energy vampires, issues of the past, negetive thoughts
or
things u cannot control.....

Instead,
invest your energy in the positive present moment.

It thick me... this words......

I will be cure, I know....

I will .....

Hermmmm I take deep breath,

I love Allah, and I know that He knows best!
especially for me :)


Kegagahan Wanita......

Kegagahan Wanita
Bukan pada otot pejal tetapi kekuatan perasaan:

Perempuan yang gagah adalah
  • Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
  • Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
  • Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
  • Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan
Kegagalan perempuan berdiri diatas teguhnya iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

As jie remember jie pernah menulis ini dalam blog lama. Disini jie ingin menulis lagi keran ada seorang wanita sedang menanggis sekarang. Menanggis tak sudah ..... jie tak sanggup dengar rintihan hatinya. Jie pilu. Jie tahu akan apa itu kesedihan yang dihadapinya.

Wanita, bangun la sayang. Anda sebenarnya kuat. Jangan bersedih lagi. La Tahzan sahabat ku.
Pandang sekeliling mu tika ini. Ada anak menanggis sekali disisi melihat mamanya menanggis. Hati kecil itu terluka kerana menyangka dirinya bersalah buat ibunya menanggis.

Anak itu memerlukan mu lagi sahabatku. Bangunlah. Masa merintih sudah cukup bagimu. Masa untuk mu bangun.

Jangan bazirkan tenaga mu itu. Merintih tiada gunanya lagi. Kenyataan perlu dihadapi.

Gunakan tenaga itu untuk muhasabah diri. Jadi yang terbaik untuk diri anda sendiri dan untuk anak2. Tidak dilupa ibubapa......

Resepi Satay Goreng umi jie

Lama tak memblog sini. Kesibukkan yang amat. Janji dengan follower dan frez FB nak letak resepi satay goreng pun idok berkesempatan. Cbuk mengalahkan PM :D hehehehehe

Ni jie nak bagi resepi satay goreng

Satay Goreng

Daging dipotong kecil2

Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Serai
Dikisar

Jintan manis
Ketumbar
Ditumbuk kasar

Marinate semua dgn daging.
Letak serbuk kunyit sikit.
Then campur gula (nak manis letak banyak)
Peram semalaman.

Minyak sedikit.
Api sederhana.
Campak daging dalam kuali and tutupkan.
Biar sampai kering dan berbau seperti satay goreng.
Sure selera datang punya :)

Nasi impit korang bantai la NoNa punya nasi impit.
Dan kuah kacang tu, yang segera punya kan ada :D kalau tak silap Agro Mas punya.
Mudah dan senang..... cik abe sure terkejut.
 Breakfast : Satay Goreng

Link yang berkaitan

Link within