Sunday, September 23, 2012

Great Time together

Nak try tepek video.
Bole ker jalan ni?


Kentang Oregano

Salam Semua,

Hari ni umi ada tetamu datang ke rumah. Tetamu dari company lama yang umi keje dulu.
Bersama mereka umi memula masuk keje. Fresh graduate keje kat Telekom Malaysia bawah payung TMnet.
Kami lah dulu memula mempromosi TMnet. Kalau ingat balik zaman tu memang nak tergelak pun ada.
Susah senang bersama. Hahaha!

Okaylah sudah berceloteh. Kena fokus balik ikut tajuk.
Nah umi tepek gambor dulu bagi selera datang


Okay nampak tak. Menyelerakan tak?
Umi hidang bersama-sama Roasted Rosemary Chicken ni ha


Ni gambar belum bakar. Yang dah bakar tak sempat snap gambor. Dah masuk perut. Resepi roasted chicken ada umi pernah blog tahun bila tah.

Sekarang untuk bagi resepi Kentang Oregano

Ingrediaent:

Kentang
Karot
Capsicums merah/kuning/hijau
Brokoli
Tomato
bawang yellow dipotong dadu
bawang putih dicrunch dan dipotong kecik2
oregano
lada hitam blend
mentega

Caranya:
1. Potong kentang ikut size sebiji bola golf. Make sure kentang tu dah siap kupas la kan
2. Rebus kentang dengan air yang dah letak garam secukup rasa. Jangan samapi lembik bebenor lak kentang tu. Ala2 gitu
3. Toskan kentang
4. Lepas tu gorengkan kentang dengan mentega sampai kekuningan
5. Pastu masukkan bawang yellow dengan bawang putih dan tumiskan sehingga naik bau
6. Campak karot, brokoli dan capsicums dalam kuali tu
7. Then tabur oregano dgn lada hitam blend. Jangan banyak sangat. Ala kadar.
8. Jangan lupa garam dan serbuk perasa sekali
9. Last sekali campak tomato supaya idok la lembik bebenor tomato tu

Nah siap tersedia Kentang oregano. Amat sesuai untuk orang yang tengah berdiet dan orang yang berpenyakit gaout. Hehehehe

Selamat Menjamu Selera ya semua :)

Saturday, September 22, 2012

Assalamualaikum

Assalamualaikum,

Kum apa?
Kumbat
Bat apa?
Batman
Man apa?
Mantol
Tol apa?
Tol Sammy Vellu.

Hahahaha!

Salam semua reader-reader sekelian, Sahabat Handai, Kaum keluarga (korang baca ker) dan juga seteru.

Salam semuanya......

Sudah lama umijie tak berceloteh disini. Agak berkurun lamanya. Kekangan kerja tempat baru dan dalam usaha untuk menyesuaikan diri. Agak sukar juga disebabkan faktor umur. Almaklum agak berkarat untuk umijie belajar kembali.

Keputusan telah dibuat, maka apa yang perlu ialah pandang kehadapan. Jangan menoleh lagi kebelakang.

Perlu menyusun masa depan apa yang umijie mahukan sebenarnya.

Bila sesuatu keputusan telah kita pilih, apa yang boleh ialah teruskan.
Dalam usia sudah menjangkau 40an ni Umijie lebih banyak berfikir apa sebenarnya Allah mahukan dari umijie. Setiap apa yang berlaku bersebab. Jatuh bangun umijie, susah senang umijie, kegembiraan dan kesedihan semuanya bersebab.
Paling lama manusia hidup average age is 60.
Kalau tak silap Nabi Muhammad S.W.T meninggalkan kita pun at the age of 63.
Kalu ditolak umur umijie sekarang, umi hanya ada 20 tahun jer tinggal. Pejam celik jer waktu tu. Tak lama pun. Bila difikirkan kembali, masih banyak umi ingin kecapi.
Not just wish list keduniaan but also wish list akhirat tu. Nak dapat jannah kenalah usaha kat dunia ni.
Ohhh banyaknya la perlu dipikirkan. Kalau dok kejar dunia jer tak boleh jadi ni. Kena balancekan jugak.
Masa hadapan anak-anak umi jiga perlu dimasukkan dalam wish list tersebut.
They are my happiness now.


Sebelum umijie mengakhiri celoteh pok pek imi hari ni, umi berikan kata-kata motivasi yang boleh kita terapkan dalam hati

Life is short and it never come twice. Appreciate it with your beloved family and friends.
You will never know what is the future.
Akhirat is forever. Where we pray everyday for Jannah.
It wont come to us. We need to earn for it.

Keep on collecting amal and share your happiness with family and friends.

Allah is great!

By : umijie

Stay tune for the next entry :)

Monday, December 12, 2011

14 years passing thru....

After 14 years in this company, I will be resigning soon on 14th December......
Will be joining another company which I was so surprise that I got the post. It was a try and error thing to do. Never knew my market are high actually. :)

My first teambuilding in this company after 14 years of working and my last one also......

Shud I be sad or happy?

The End

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

Sudah lama saya tidak berblog. Janggal tetiba terasa untuk bercakap disini secara maya. Ditambah dengan kehadiran Ramadahan membuat saya rasa sedikit terpilu.
Pilu kerana Allah masih menyayangi saya dan keluarga utk berpuasa bersama2.
Amat terasa malam tadi ketika solat terawih dilakukan bersendirian dirumah kerana tidak sempat hendak berjemaah.
Saya baru pulang dari KL utk menghantar kain ke tailor bagi membuat baju melayu suami dan anak2
Mahu sedondon kata Mr Hie. Saya tersenyum tika mendengar Mr Hie berkata sedemikian di Kamdar pada sabtu lepas. Semasa kami memborong kain.
Jualan muarah merata2 di shopping mall. Begitu ramai orang.

Dalam memilih kain, hati saya terdetik utk mencari sehelai baju kurung utk Ramadhan. Bukan utk syawal, tetapi Ramadhan.

Sepasang baju kurung kembang dipilih berwarna unggu. Saya tak mahu Mr Hie membayarnya. Saya membayar sendiri. Mahu kelainan di Ramadhan kali ini :)

Semoga berkat dan dipermudahkan Allah hendaknya buat kami sekeluarga dalam megerjakan puasa kali ini....

.....


Selamat berpuasa buat semua

The End

Monday, May 9, 2011

Esok ....

Esok coti la beb! Company kasi sebab ada AGM share. Seronok sebenarnya keje dgn company yg telah aku berkhidmat 14 tahun ni. I lap u la TM. hehehe

Hajat hati nak gak join bebudak opis yang muda remaja tu ke air terjun. Apa ker nama air Terjun Sg Gabai. Lepas pikir dok pikir..... teringat yang debab nyer registration tahun depan darjah satu belum setle. Dah pegi sekolah dan isi form bagai dan surat beranak photocopy. Tapi pihak sekolah cakap kena bagi sampul surat berstem dan beralamat sendiri dan photocopy my IC.

Laaaa, baru aku teringat masa register ker Ayep dulu kena buat semua benda tu. hehehehe. Nampak bebenor anak dah lama tak register darjah satu.

Debab dan Ayep memang gap lama. 3 tahun. Selalunya setahun sorang. Hehheehe

So esok jie kena jalankan tugas seorg ibu. Meregister penuh debab di sekolah kebangsaan. If ada rezeki nak hantar Islamic Intergrated School. But Sekolah tu cakap kena register kebangsaan gak dulu. Utk kuota UPSR perlu diletak dulu.

Aku dan Mr Hie mengangguk jer la. Itu la pasal lambat register dan tak lengkap lak tu ;) Sabau jer la

So tmrw..... takkan tu jer agenda aku. ermmmmm... aku mati kutu jap.

So aku tak plan benda lain. Cuma nak ke air terjun dah cancel sebab urusan rasmi anak tu.

Esok jer la pikir bole.....

The End.

Monday, April 25, 2011

Dah sampai hujung April ....

Jie rasa tak sabar tunggu hujung April kali ni. Sebab hujung bulan ni la biasanya the company jie keje bagi bonus, kenaikan dan merit. Kira jadi pak cik kayo la kejap. Dan penghujung bulan ini jugak la stress keje jie insyallah akan makin kurang ..... berdoa sesungguh ni :)

Ini kerana managaer baru akan masuk. Korang bayangkan ada 2 manager baru masuk so kira ada 3 manager baru for Inventory dan selama ini jie dok tanggung sesorang. Itu yang aku stress tu. Dan penyebab perut ku buncit. Hahahaha nak salahkan keje tu bukan nak salahkan cara pemakanan dan dah tak exercise la ni. :)

Bila ada bonus ni, kehidupan ku mula la nak verangan. Banyak benda nak setlekan..... hutangs yang lapuk, yang tak lapuk dan juga nafsu serakah diri nak membeli pelbagai benda.

Tak salahkan nak verangan kejap bagi memotivasikan diri sendiri. Betul tak.

Antara barangan keduniaan yang jie teringin la ni:

1. Kitchen Aid nyer buat kek tu

Dah lama dah ngigau benda ni..... Antara impian yang masih belum kecapaian..... rege dia masyallah. Dah survey2 dah tapi masih mengigau lagi.

2. Build in nyer microwave and oven.
Actually jie dah ada dua benda ni cuma bila kami( laki bini laa) try masukkan dalam cabinet buil in tu, tersilap size. Yang kami beli not a buil in nyer. Yang jenis satu2 nyer. So salah size. End up dok atas meja dapur. Jie rasa rimas dan menyemak atas meja tu. Nak masak rasa sempit. Especially nak buat kek. Rasa ruang limited sesangat. So itu yang verangan tu. Nak yang build in. Alamtnya mungkin kabinet dapur tu kena alter sikit. Tak sura guano nak buat sebab baru jer renovate. Nak kena cari size oven dan microwave yg betul2 ngam size cabinet tu. Itu yang payah tu.Sabau jer la jie.... nanti kang jadi gado dengan mr hie pasal isu ni. sebab dia yg bagi size tu kat cina kabinet. Salah size la tu. So la ni ruang tu dok letak bekas kuih dan mugs. Memang serabut.

3. Rasa macam nak tukar Iphone 3Gs jie ni ke Blackberry laaa. apa kata survey ekk? Tapi nak gak Ipad jugak. hehehehe melampau ko

4. Nak beli suar bebanyak. Jie ni suker pakai suar gi keje. Baju memang banyak, kemeja dan bagai. Suar dah kurang, sebab peha dah bit tembam. :)

5. Nak beli gelang emas, ni buat simpanan sebenarnya. Mak jie selalu kata, ada duit beli emas dan jangan tak pakai lak. Nanti kena zakat. So apa kata kita nambah collection... hahahaha jadi anak mummy. Muka dah ada ruper, bak kata Mr Hie. I melayu tau, orang Pahang. Bukan Penang okay

6. And also for simpanan nak gi New Zealand. hehehehe....... akan blog pasal ni. Belum waktu lagi. New Zealand, here we come :-D


The end

Link yang berkaitan

Link within