Monday, May 24, 2010

Nikmatnya susah

Pernah tak kita terpikir bahawa yang susah itu sebenarnya ada nikmatnya. Kita sering mengeluh, mengungkit, memarahi kenapa kita jadi susah. Tak kira apa susahnya. Dari segi pekerjaan, dari segi kewangan, dan juga dari segi keluarga.

Bila kita mendapat pekerjaan, kita gembira tetapi mula mengeluh bila tugasan kita semakin banyak. Susahla macam ni. Nanti balik lambat la. Kepala jadi stress la. Dan sebagainya. Susah tu....

Bila kita punyai wang yang banyak, kita gembira. Kemudian kita mulai mengeluh, nak bayar hutang credit card la, hutang belajar la, personal loan la. Lepas tu mengeluh lagi, nak beli barang itu mahal la. Dan bermacam lagi. Susah jugak.....

Bila kita sudah berkahwin dan diberi rezeki anak, kita gembira. Anak seperti memberi sinar baru bagi anda berdua. Kemudian isteri mengandung lagi dan lagi. Mulalah anda mengeluh kesah. Memikir budget. Memikir pembantu indon yang asyik lari. Dan bermacam lagi. Asyik susah jer dalam kepala.
Dalam susah itu sebenarnya ada nikmatnya. Kita hanya pandang yang indah-indah sahaja. Kita lupa setiap kepayahan dan kesusahan akan ada kesenangan. Itu sudah janji Allah pada kita.
Kenapa perlu dipertikaikan lagi.

Ini ada kisah masyarakat yang akan jie utarakan dengan lenggok bahasa jie. Bacalah. Mungkin dengan ini bila anda merasa susah, anda akan merasa nikmatnya juga :)

Seorang penganalisa sedang mengkaji. Dia terpaksa berjaga malam. Setiap hari dia akan berjaga sampai ke subuh untuk melihat dan mengkaji tentang udara. Itulah tugasan pada dirinya bila dia mendapat pekerjaan. Tahun lepas dia menganggur, setelah mendapat pekerjaan sebagai penganalisa data. Dia amat bersyukur. Cuma dalam sebulan ni dia sering mengeluh kerana tidak cukup tidor. Habis semua orang dimarahinya. Isteri, sahabat malah ibubapa. Almaklum mata tak cukup tidor la katakan.

Satu malam dia ke Bandar X. Disitu dia terpaksa berjaga lagi. Sambil dia melihat-lihat senario malam dibandar X. Bukan tak biasa tengok. Cuma malam tu agak dingin sedikit. Dilihat termometer 17C. Ohhh patutla mata makin mengecil. Sejuk-sejuk begini memang mengulitkan matanya lagi. Sudahlah semalam siang dia terpaksa berjaga. Mengurus hal-hal rumahtangga yang tertunggak. Dileterinya isterinya kerana semua berharapkan dirinya. Isteri merajuk.... lantak la kau.

Beberapa minit kemudia dia lihat seorang pakcik yang berumur 50-60 an berseragam lengkap tanpa jacket tebal sepertinya, mula menyapu jalan. Dia melihat jam di tangan. Pukul 2:30 pagi, terlalu awal ni.
Ini baru pertama kali dia melihat orang bekerja seawal ini. Jika seawal ini pak cik ni bekerja, pukul berapa pulak dia bangun.... terpikir sejenak dalam pikiranya. Lebih-lebih lagi pakcik ni seperti sudah rutin melakukan pekerjaannya hari-hari. Mengutip sampah, menyapu di bahu-bahu jalan tanpa rasa jijik sekali pun. Dia kagum sebentar.

Dia tertarik untuk berjumpa pakcik ini dan mula menemuramahnya:

"Pak cik tidor selepas isyak, sekitar jam 9 malam. Kemudian Pak cik bangunsemula pukul 1 pagi." Begitulah permulaan ceritanya. " Pak cik buat qiamullail, lepas tu baru pak cik mula kerja menyapu. Sebelumnya pak cik makan dulu. Apa yang ada. Kalau tidak minum teh panas pun mencukupi. Selesai menyapu dan ke tempat pembuangan sampai, sampai la pukul 4 pagi. Alhamdulillah, Sempat lagi bersolat subuh brjemaah di masjid. Selepas itu Pak cik bantu isteri buat adunan tepung. Sebelah petang kami menjual di sekolah. Alhamdulillah pak cik masih sihat, walaupun kerja menggangkut sampah.  Mungkin kerana cergas bergerak menyapu sampah setiap hari buat pakcik sihat"

Mendengar cerita pak cik tu, Dia menjadi kagum. Pak cik tu hanya mendapat gaji tidak kurang rm100 setiap bulan. Apalagi dengan anak yg perlu ditanggung pelajaranya di Madrasah. Dia tidak pernah mengeluh. Dia terus berusaha. bagi pak cik tu, yang penting duit yang dicari berkat.

----
Betapa banyak kali Pak cik itu menyebut alhamdulillah. Dalam susah, tidak pernah dia merunggut. Dia merasa nikmat dalam susah. Betapa pak cik itu memiliki kekayaan yang tidak dimiliki orang lain, kesihatan, semangat menjaga ibadah dengan baik dan jiwa yang tenang serta penuh rasa syukur.

Itulah dia Nikmatnya susah

the end

1 comment:

  1. susah2 dahulu pendapatan, susah kemudian tiada gunanya...
    bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian..

    kecik2 lagi dah belajar peribahasa ni....

    ReplyDelete

Link yang berkaitan

Link within