Monday, May 24, 2010

Nikmatnya susah

Pernah tak kita terpikir bahawa yang susah itu sebenarnya ada nikmatnya. Kita sering mengeluh, mengungkit, memarahi kenapa kita jadi susah. Tak kira apa susahnya. Dari segi pekerjaan, dari segi kewangan, dan juga dari segi keluarga.

Bila kita mendapat pekerjaan, kita gembira tetapi mula mengeluh bila tugasan kita semakin banyak. Susahla macam ni. Nanti balik lambat la. Kepala jadi stress la. Dan sebagainya. Susah tu....

Bila kita punyai wang yang banyak, kita gembira. Kemudian kita mulai mengeluh, nak bayar hutang credit card la, hutang belajar la, personal loan la. Lepas tu mengeluh lagi, nak beli barang itu mahal la. Dan bermacam lagi. Susah jugak.....

Bila kita sudah berkahwin dan diberi rezeki anak, kita gembira. Anak seperti memberi sinar baru bagi anda berdua. Kemudian isteri mengandung lagi dan lagi. Mulalah anda mengeluh kesah. Memikir budget. Memikir pembantu indon yang asyik lari. Dan bermacam lagi. Asyik susah jer dalam kepala.
Dalam susah itu sebenarnya ada nikmatnya. Kita hanya pandang yang indah-indah sahaja. Kita lupa setiap kepayahan dan kesusahan akan ada kesenangan. Itu sudah janji Allah pada kita.
Kenapa perlu dipertikaikan lagi.

Ini ada kisah masyarakat yang akan jie utarakan dengan lenggok bahasa jie. Bacalah. Mungkin dengan ini bila anda merasa susah, anda akan merasa nikmatnya juga :)

Seorang penganalisa sedang mengkaji. Dia terpaksa berjaga malam. Setiap hari dia akan berjaga sampai ke subuh untuk melihat dan mengkaji tentang udara. Itulah tugasan pada dirinya bila dia mendapat pekerjaan. Tahun lepas dia menganggur, setelah mendapat pekerjaan sebagai penganalisa data. Dia amat bersyukur. Cuma dalam sebulan ni dia sering mengeluh kerana tidak cukup tidor. Habis semua orang dimarahinya. Isteri, sahabat malah ibubapa. Almaklum mata tak cukup tidor la katakan.

Satu malam dia ke Bandar X. Disitu dia terpaksa berjaga lagi. Sambil dia melihat-lihat senario malam dibandar X. Bukan tak biasa tengok. Cuma malam tu agak dingin sedikit. Dilihat termometer 17C. Ohhh patutla mata makin mengecil. Sejuk-sejuk begini memang mengulitkan matanya lagi. Sudahlah semalam siang dia terpaksa berjaga. Mengurus hal-hal rumahtangga yang tertunggak. Dileterinya isterinya kerana semua berharapkan dirinya. Isteri merajuk.... lantak la kau.

Beberapa minit kemudia dia lihat seorang pakcik yang berumur 50-60 an berseragam lengkap tanpa jacket tebal sepertinya, mula menyapu jalan. Dia melihat jam di tangan. Pukul 2:30 pagi, terlalu awal ni.
Ini baru pertama kali dia melihat orang bekerja seawal ini. Jika seawal ini pak cik ni bekerja, pukul berapa pulak dia bangun.... terpikir sejenak dalam pikiranya. Lebih-lebih lagi pakcik ni seperti sudah rutin melakukan pekerjaannya hari-hari. Mengutip sampah, menyapu di bahu-bahu jalan tanpa rasa jijik sekali pun. Dia kagum sebentar.

Dia tertarik untuk berjumpa pakcik ini dan mula menemuramahnya:

"Pak cik tidor selepas isyak, sekitar jam 9 malam. Kemudian Pak cik bangunsemula pukul 1 pagi." Begitulah permulaan ceritanya. " Pak cik buat qiamullail, lepas tu baru pak cik mula kerja menyapu. Sebelumnya pak cik makan dulu. Apa yang ada. Kalau tidak minum teh panas pun mencukupi. Selesai menyapu dan ke tempat pembuangan sampai, sampai la pukul 4 pagi. Alhamdulillah, Sempat lagi bersolat subuh brjemaah di masjid. Selepas itu Pak cik bantu isteri buat adunan tepung. Sebelah petang kami menjual di sekolah. Alhamdulillah pak cik masih sihat, walaupun kerja menggangkut sampah.  Mungkin kerana cergas bergerak menyapu sampah setiap hari buat pakcik sihat"

Mendengar cerita pak cik tu, Dia menjadi kagum. Pak cik tu hanya mendapat gaji tidak kurang rm100 setiap bulan. Apalagi dengan anak yg perlu ditanggung pelajaranya di Madrasah. Dia tidak pernah mengeluh. Dia terus berusaha. bagi pak cik tu, yang penting duit yang dicari berkat.

----
Betapa banyak kali Pak cik itu menyebut alhamdulillah. Dalam susah, tidak pernah dia merunggut. Dia merasa nikmat dalam susah. Betapa pak cik itu memiliki kekayaan yang tidak dimiliki orang lain, kesihatan, semangat menjaga ibadah dengan baik dan jiwa yang tenang serta penuh rasa syukur.

Itulah dia Nikmatnya susah

the end

Friday, May 21, 2010

Something to share with ...


Disini jie nak share 2 benda.
1. Artikel ini : Kita jaga Allah, Allah jaga kita
2. Gambo kartun tu.... inilah jie pada masa cuti sekolah hahahahahahaha. Err Mr Hie idok ler gitu. Dia pun membantu *nak ambik ati ni....

The end

Tuesday, May 18, 2010

Jauhilah berandaian dan anda akan lebih bahagia

Kita selalu berandaian, betul tak apa jie cakap? Kalau aku tahulah jadi gini, aku tak buat gitu. Andai ku tahu..... macam lagu indon tu.

Sikap berandaian tidak bermaksud menyalahkan Allah semata2, perlu ada menyalahkan diri sendiri juga. Bak kata lain muhasabah diri.

Sesuatu terjadi pada diri kita atau orang lain disebabkan oleh diri kita, lalu kita menyesali dan mula menyalahi diri sendiri :( sedihnya bila baca.......

Apa yang terjadi tetap terjadi. Kita tak bole nak ada magic wand kasi tukar balik. Betul tak? Ada sesapa disini yang ada magic wand tu, bole jie pinjam sat :)

But sekiranya sememangnya berpunca dari kita sendiri dan kita menyesalinya, ini merupakan sikap yang terpuji. Tetapi perlu difahami sikap berandaian dan penyesalan merupakan 2 perkara yang berbeza.

Got this?

berbeza.......

Andaian merupakan sikap mencetuskan kritikan terhadap masa lalu sementara penyesalan, menilai diri kembali atau muhasabah diri merupakan kita memperkukuhkan lagi masa depan kita :-)

Haaaa kan dah senyum sikit bila dah dapat paham benda ni.....

Andaian seperti mencari black sheep, mencari kesalahan itu ditunding kepada orang lain. Kan tak elok perangai tu. Sementara menilai diri sendiri, kita memperelokkan lagi diri kita.

Hindari sifat berandaian kerana ia membuat kita kufur atas ketetapan Allah. Setiap kali sesuatu berlaku kepada kita katakanlah "Ini adalah ketetapan Allah"

Bersikap redha atasnya dan sibukkan diri dengan amal2 yang baik. Insyallah kita akan mendapat kebaikan dariNya

Kita tidak dihantui oleh bayang2 dan beban masa lalu malah kita akan lebih menerima perkara yang sudah berlalu yang tidak mungkin diubah lagi kerana sudah terjadi dengan perasaan rela dan lega. Ini adalah ketetapan Allah, apa yang terjadi biarkanlah.

Masa lalu adalah pelajaran dan masa kini untuk kita lakukan perkara yang terbaik

The end

Monday, May 17, 2010

Allah tahu apa yang terbaik untuk kita semua

Last week bermacam cerita berlaku dalam kehidupan harian jie. Kesibukkan dengan kerja-kerja TM dimana semua benda nak cepat termasuk nak menjawab permintaan-permintaan pihak atasan yang sampai ke le ni tiada kesudahan.

Dalam kesibukkan kerja, jie ada juga terima jemputan dari MIL untuk memberi cermah motivasi mengenal potensi diri melalui tarikh lahir. Wah... sememangnya aku sibuk last week. Masih ada lagi permintaan dari kenalan baru untuk numerology masih belum terlangsai dek badan ini.

Kesibukkan ini buat jie mula rasa resah. As usual, jie selalu nak buat semua benda. Nak jadi pekerja TM yang berdedikasi. Nak jadi bussiness women yang berjaya dan juga nak jadi ummi yang mendidik anak-anak ke jalan yang diredai olehnya

Kekadang bila semua yang jie rancang/plan tak jadi. Jie jadi sedih. Menanggis tak kesampaian rasa diri. Menyalahkan diri kerana tak buat semua benda.....

Tetapi jie lupa, betapa Allah tahu apa yang terbaik buat diri jie. Dia lagi tahu apa yang terbaik buat diri yang kerdil ini.

Jie menjadi tersentak dek perasaan ini. Memandang keluar tingkap melihat langit begitu luas dan mengkagumi kebesaran Allah.

Betapa puas aku merancang, menyusun, dan sedaya upaya ingin melakukannya, tapi Allah lagi tahu apa yang terbaik buat diri ini.

Aku menanggis akan itu. Aku jadi redha atas ketentuanya.
Aku jadi pilu atas kesayanganNya pada diri ku
kerana Allah tahu itu terbaik buat diri ku.....

Terlampau melebihi kemampuan ku
Aku akan jatuh nanti
Aku akan lebih bersedih
Aku akan mula menyalahi

Maka
Allah tahu
Apa yang terbaik buat diri ku ini

:)

The end

Monday, May 10, 2010

KISAH ISTERI SOLEHAH PADA ERA MODEN..... mari kita belajar sari kisah ini

INILAH KISAH ISTERI SOLEHAH PADA ERA MODEN, ERA AKHIR ZAMAN.. BACALAH, MOGA MENJADI QUDWAH BUAT ANDA YG INGIN MENJADI SOLEHAH(^^,)


"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,"



Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?



Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang.Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah.



Rutin hariannya,mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya Kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah.



Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.



"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.



" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.



Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat diabersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.



" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.



Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran.



Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.



"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya.



Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.



Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.



Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.



"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.



"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.



"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?""Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.



"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,"Qistina mengalih pandangannya.



Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.



Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi.



Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.



Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya."Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,"Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.





~~Kepada:Asraf Mukmin,Suami yang tersayang...~~



Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abg yang dikasihi,Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina.

Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.



1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg.Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...



2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak- anak kita. Aliyah sayangkan Abg...



3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah,nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...



Abg yang disayangi,Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.



Abg yang dicintai,Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg... Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah...Aliyah sayangkan Abg. Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni.Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai.. air tangan Aliyah.





~~Salam sayang,Aliyah Najihah binti Mohd Hazery~~



Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!



Sekian.. =)

The End

Thursday, May 6, 2010

Bayar utang Numerology :D

Dari Blog-
Permintaan 1:
Anonymous said...

jue

birth date saya 13 March 1973

spouse saya plak 11 July 1974

Salam Jue,
Jue punyai watak 9 yang amat mementing environment and suka membantu. Dalam itu jue juga suka something yg perfect. Manakala suami adalah watak 3. Seorg yang beermotivasi dan cergas tapi bit panas baran. Dalam keserasian anda berdua, adalah 3. Hungan yang agak terdesak dan sensitif. Waspada yek

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Permintaan 2:
Anonymous said...

Salam kak Jie..



boleh tgk numerology saya.



10 / 11 / 1986 (AHMAD FIFI)

Salam Fifi,
anda berwatak 9: seorg yang environmentalis dan suka akan kesempurnaan. Keburukkan anda adalah anda a bit tamak :)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Permintaan 3:
Zue said...

Salam Kak Jie..



Nak mintak tolong untuk kira numerology saya dan suami..



01 Oktober 1980 (Zue)

9 April 1980 (Am)



Thanks akak... really appreciate your help

Salam Zue,
Watak anda ialah 11/2 anda punyai watak yang lembut tapi sebenarnya dalam anda keras :)
Manakala suami pula watak 4, seorg yg sabar dan penuh keilmuan tapi sabarnya punyai limit tau!

Keserasian anda berdua ialah 6 iaitu hubungan yg mengarah kepada kekeluargaan :)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Permintaan 4:
Anonymous said...

Mohon kira numerology kami

01/01/1964 (Bed)
watak 4, berilmu dan anda watak cermin..... banyak dugaan ni harap bersabar yek kerana Allah tahu apa yg terbaik buat anda

25/06/1964 (Nos)
Watak 6, penyayang, kira family person tapi abit ego..... bukan kerana sombong tapi kerana merasakan diri serba kekurangan... jangan malu, setiap insan ada keistimewaannya :)


15/12/1965 (Dd)
Watak 3, ceria dan bermotivasi. Mudah berkawan tapi abit panas baran. Cepat marah tapi cepat jugak sejuk nyer


Tk.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Permintaan 5:
efa said...

Salam kak jie

saya terjumpa kak jie nyer link dlm intim.wordpress dan sgt berbesar hati sekiranya kak jie buleh kirakan numerology untuk saya dan suami



tarikh lahirsaya : 2 Nov/ 1980

tarikh lahir suami : 23 Sept 1980





terima kasih kak jie



appreciate it!!

Salam,

Anda berwatak 3 manakala pasangan watak 5.
herm..... adakah pasanagan anda seperti suka jadi controler anda? Mungkin kalau kita dapat berjumpa kak jie ingin beri more detail to you :)

Hubungan anda: penuh dengan responsible..... bersabar yek


~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dari Facebook-
Kak Zeb

Salam Kak Zeb,

Bday Kak Zeb berapa ekkk? Aisay lupa dah :)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kak Rohaya
15.6.1972

Salam kak Aya,
Akak watak 4, dalam triangle ada 191. Sukla menyendiri. Selalunya yg lahir 1972 memang gitu. sama la kita.
Watak 4 ni akak seorg yg suka mencari ilmu. Byk bersabar tapi punyai limit. unsur akak adalah kayu. So jadilah kayu yg berguna ya kak :)

P/S- kak zeb mana bday akak ekkk, jie luper... almaklum dah tua

Pada sesapa yg ingin mengetahu detail, jie bole beri class. do contact me okay
the end-

Kerana mak ayah memberi kerana Allah

PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )


Thanks to Mimi Zalina :)


Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah

kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin

pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

" Ada duit? Minta ayah sedikit.."



Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat

seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik

kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri

dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak

banyak meragam.





"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada

duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar

ditembak reaksinya.



" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.

"Takkan 5 ringgit?"



Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh

dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa

ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.



Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan

ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang

ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang

bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati

mengenangkannya.



Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung,

saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan

selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk

diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya

yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan

kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum

apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.

Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam

memahami hati suaminya (ayah).



Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi

sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan

setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya

tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik

perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',

tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau

disampaikannya.





Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.

Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin

membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas

beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat

komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.



"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.



Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.

Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada

sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.



" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi

keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun

perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya

ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin

saya merasa segan, duit diberi melalui anak.



"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap

diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh

saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya

berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek

anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya

sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.



Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di

samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh

sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah

membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.

Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun

saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada

anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.

Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,

tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!



Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :



" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam

kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka

bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu

sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul

siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.



"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun

itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan

pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."





Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang

diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana

buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?

Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

The End

Monday, May 3, 2010

Numerology Talk....

Yup, that is. I will be giving a talk to a group of ladies. Ushanita cawangan Selangor. My feeling....... hermmm mula-mula tu rasa macam butterfly in the perut gak laa. But then jie pikir, mungkin sudah sampai masanya I will have to do emerge from my shadow. So those yang teringin nak dengar my Jati diri Motivasion via Numerology, Pls do inform me. Insyallah I will selitkan u ols yang dah lama tunggu jie buat this talk. Nanti jie akan bukak booth also for my Premium Body Beautiful and Bio Aura. Mana tau bole jumpa2 dan kita set appointment masa tu. I can do numerology for u ols that day :)

See you all there.....
8th May 2010
Dewan Serba Guna
Serendah

Wish me LUCKKKKKK!!!!!!

The End

Link yang berkaitan

Link within