Sunday, October 21, 2012

Penyu menanggis tiada siapa tahu

Assalamualaikum,

Setiap manusia akan diuji Allah, tak kira tua atau muda, tak kira kaya atau miskin. Bila masa kita belum tentu tahu. Apa kita semua suka diuji? Semestinya setiap insan akan berkata TIDAK. Menolak dengan harapan akan sentiasa senang. Mendoakan agar dijauhkan.
Lumrah manusia, bila diuji akan mula memarahi takdir. Mula mencari kenapa dan mengapa. Tidak kurang juga orang sekeliling yang menokok tambah. Menjadikan ujian itu satu yang amat sukar untuk ditempuhi. Suatu yang sudah tamat dan tiada lagi penyelesaiannya.
Ada juga yang memberi nasihat dengan kata-kata semangat. Mendoakan agar kita berjaya menempuh ujian itu. Terima kasih mereka yang berpikiran positif seperti ini.
Yang bersifat negetif dengan mengambil kesempatan juga ada. Cuba memberi dengan bertujuan. Mengharapkan balasan tidak kurang juga. Keikhlasan hati mereka kita tertanya tanya.

Bagi jie ujian dan dugaan akan sentiasa ada. Kalau tidak yang memberi kesedihan ada juga ujian kesenangan. Kita lupa tentang ujian kesenangan. Inilah dinamakan kufur nikmat. Manusia mudah lupa. Mereka lupa pada Allah bila senang. Mereka jadi alpa seketika sehingga Allah berikan ujian kesusahan.  Ada yang diberi kesenangan sehingga lupa dahulunya beliau seorang yang sangat merendah diri dan begitu zuhud sekali. Ya ..... manusia mudah lupa.

Jie doa dan mohon pada Allah janganlah diri jie ini kufur nikmat. Dijauhkan! Semoga diri ini sentiasa dalam limpah kurnia Allah dan rahmatnya.

Bila kita sentiasa ingat begitu, Ujian yang kesusahan macamanapun, kita masih boleh senyum dan gelak ketawa. Kerana kita tahu Ujian yang Allah bagi itu cuma sedikit cuma berbanding ujian di hari Kiamat..... Ujian di titian mustakin, Ujian di alam kubur.

Ya Allah, yang itu lagi jie takut, lagi jie gerun. 

Pada ketika ujian itu, adakah jie dah ready? Adakah kalian semua sudah siap dengan persiapan nak masuk exam hall tersebut?

Jadi sahabat sekelian, jika ditanya kenapa penyu ini tidak menanggis, kerana penyu ini lagi takut Ujian besar Allah yang menanti itu. 

Salam Umijie

Link yang berkaitan

Link within