Wah tajuk ganaz gitu....
Agak2 itulah perbualan semua ahli company la ni kerana status pencapaian telah keudara. Ada yang sedih ada yang tak expect macam tu dan ada yang okay la aku terima....
Macam tu la dunia, dari kita kecik mesti ada yang nak check pencapaian kita. Mak pak bawak kita jumpa doketor, ambik graf dan cakap... oh anak puan terlebih berat. Puan kena kurangkan bagi susu kat dia nanti obses lak. atau anak puan ni graf dia bawah normal. Puan tak reti bagi susu ker?
Adus mak pak gak yang salah.
Pastu pencapaian zaman sekolah. Sapa yang dapat A jer memanjang akan dipuji sokmo depan kelas. Dia la wira sekolah. Semua nak study dengan dia. Macam tu la
Zaman U pun sama, ada gak pencapaian...
Ada gak pencapaian dari segi, berapa dah anak, ada gak pencapaian bila nak kawin.
Adus... banyak gak la dunia ni dengan cara tersendiri nak kira pencapaian seseorang.
......
La ni tengah musim pencapaian tempat keje, ada kait dengan bonus keje. Itu ada kait dengan duit gaji utk bulan depan la kan
So sesapa yang dapat tinggi pencapaian tu, ingat la kengkawan yang rendah pencapaian. Kerana yang tinggi tu, anda dapat tinggi dari usaha yang rendah pencapaian gaks.
This is my 2 cents. Memasing punya pendapat sendiri. Selamat menempuh dugaan pencapaian....
Akhir sekali nak cakap, err pencapaian akhirat dah ready ker? :)
The End